Showing posts with label Parents Teacher Meeting. Show all posts
Showing posts with label Parents Teacher Meeting. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Parents & Teachers Meeting @ TK

22 November 2013, Jumaat - Ibu ke TK utk Parents & Teachers meeting...
Kali ni pegi sendiri je, coz ayah tak dpt datang sekali....
As usual, buat kat TK multipurpose hall.  Teacher class Marissa update
ibu ttg progress Marissa kat dlm class...
Katanya, Marissa ni pelajar yang baik, behave...
fast learner dan senang nak didik dia katanya...
alhamdulillah syukur...moga berterusan mcm ni ye anak ibu sayang?
dgr ckp ibu ayah jugak tau...
kat rumah suka nyakat kakak jugak tu...
nampak je camtu hahah ;P
Ni antara aktiviti yg Marissa suka sgt...
bila pegi gym class...
kemain dia lenturkan body...
pastu bergayut kat besi...
(yg part gayut kat besi tu.. utk kuatkan otot tangan dan kaki)
Ni antara yg Marissa dah belajar kat toddler class nye...
mengenali suku kata...
mula2 nak buat suku kata ni, kata teacher class nye...
dia mcm lupa sket la... tapi lama-lama dia semakin
menguasai huruf.... dan kalau ibu suruh tulis A-Z dia dah pandai...
baguslah kan... at least pd usianya 4 tahun, dia dah kenal huruf dgn baik...
dan begitu jugak dgn nombor...
Ok setakat ni dulu, update dari ibu....
nanti ibu tulis lagi kat blog Marissa ye....
love you sayang!

Saturday, March 9, 2013

Parents & Teacher Meeting 2013

Khamis lepas, ibu ke sekolah Marissa utk 'Parents & Teacher Meeting'. 
 Kiranya ni utk update progress
 Marissa kat Toddler class utk awal tahun 2013.
Ada 2 orang teacher yg jumpa ibu hari tu dan ceritakan tentang perkembangan Marissa sepanjang kat Toddler Class.
Kata Teacher Isz tu, Marissa pandai menyesuaikan diri dgn kawan-kawan sekelas.  Kiranya takde lah berlaku, gaduh-gaduh antara kawan dia ke apa, atau berebut toys ke, sebab masing-masing dah pandai berkawan. Marissa jugak seronok buat activity yg Teacher bagi, cth: mewarna, mengira, menyanyi dan macam-macam lagi...

Alphabet & numbers pun dia dah kenal...
Warna pun dia dah kenal jugak...dan bila buat activity mewarna, dia dah pandai mewarna dengan kemas & tak keluar garisan.
Untuk menulis, dia dah boleh jugak cuma kekemasan tulisan masih dlm peringkat pembelajaran, sebab at this age, kata Teacher nya, kanak-kanak mmg belum betul2 dpt menulis dgn baik.
Activity yg paling dia minat ialah activity kat gym... patutlah kat rumah dia selalu panjat-panjat (rupanya dia praktikkan apa dia belajar kat gym tu, bila kat rumah).  Haa..bab ni mmg ibu mention dgn Teacher Isz supaya
nasihatkan Marissa.  Sebab risau keselamatan dia kalau dia asyik panjat-panjat (grill atau kerusi sofa, kerusi kat dining hall) takut nanti dia terjatuh.
Kalau kat gym tu takpelah kan...mmg ada peralatan yg sesuai dan selamat, 
selain di jaga oleh Teacher yg terlatih.  Ibu faham, adik mestilah suka panjat-panjat ni semua kan... sbb ada 'rock climbing' lagi kat school adik kan?
So, kena extra careful ok?!

Kemudiannya Teacher Isz & Teacher Dee bagitau ibu yg Marissa suka kelas Agama juga.  Dari situ dia dah mula pandai hafal nama-nama Nabi, sebab Ustaz ajar dgn cara memasang lagu nasyid.  Jadi, budak-budak senang menghafal nama-nama Nabi.

Apa pun, setakat ni, ibu berpuas hati dengan progress Marissa bila kat Tunas Kijang tu...
Asalkan Marissa happy dgn suasana pembelajaran kat sana... tu lebih penting...

Wednesday, October 31, 2012

Parents-Teacher Meeting, Term 2

29 Oktober 2012, Isnin - Ke sekolah Marissa untuk sesi 'Parents-Teacher Meeting, Term 2'.  Saje pilih utk jumpa class teacher nya awal-awal supaya tak perlu pening-pening kepala dikemudian hari.  Lagi cepat settle, lagi bagus!  
Sesi yang Ayah & Ibu pilih adalah pukul 12.30 tgh - 1.00 ptg.  Sekejap je, 1/2 jam utk setiap parents bertemu dan berbincang dgn Teachers dari kelas anak masing-masing.
Sempat lagi ibu snap gambar kat entrance Kindy Tunas Kijang, masa on the way
nak entering the building...
Then, Ayah & Ibu proceed to level 3 untuk ke Multi purpose hall. 
Lif bercermin kan...sempat la Ibu snap diri sendiri kat situ heheheh :D
kasik chance la sikit....opppsss!! ayah nampak kaki je....
Sampai kat Level 3, mcm nilah suasana kat luar MPH tu....
So, lepas sign kat file yg ada nama 'Marissa'.. Ayah & Ibu pun duduk sekejap sementara tunggu giliran kami dipanggil.
Bila dah dipanggil, berjumpa lah kami dgn Teacher class Marissa kat dlm Dewan.
Teacher nya bukan yg baju pink tu...Foto kat dalam Hall takde, begitu jugak dgn session masa tgh discuss with the teachers...
sbb Ibu jadi segan nak snap....
risau pulak takut byk mata yg memandang....
So, masa sesi berbincang tentang progress terkini Marissa, sempat la Ibu snap dari dlm personal file Marissa yg Teacher dia tunjukkan.
Gelihati tgk gelagat Marissa masa tgh buat activities kat dalam classroom.
Nampak bersungguh sgt si kenit ni sampai terjelir lidah akakakak ;D
Yang part bercucuk tanam ni pulak, Teacher Saiful cakap...Marissa seronok sangat
dpt jadi org pertama yang cangkulkan tanah ke dalam pasu tu hahaha :D
kenit ni mmg tak boleh membelakangkan dia...semua pun dia nak dulu...
nak jadi org pertama dikalangan kawan-kawan dia gitu....
Kat rumah pun mcm tu...tak boleh la kakak dia dulu...mesti kena utama kan dia....
adoilah perangaiiiii!
Ni main stamping-stamping daun yg berwarna....dgn mengunakan 3 basic colour, Blue, Red & Yellow.
Dia sangat excited bila buat activity ni kata Teacher nye....
Ni pulak utk Math Subject.  Sambungkan 'dot to dot' counting from 1-10. This part pun, Teacher nye cakap, Marissa dah pandai kira from 1-10 & dia dah recognized figures la kiranya...
Menulis huruf pun semakin baik...
ok la kan utk age 3 tahun.
yg lain-lain yg kami bincangkan, memang tak sempat nak snap....sebab teacher dia tunjuk sekali lalu...

Setakat ni...Ayah dan ibu puas hati dgn pencapaian Marissa....
harap dia akan banyak belajar benda-benda baru.
Memang sejak hantar dia ke nursery, dia dah semakin pandai communicate simple english, can understand instructions in english, can answered in english when the teacher asked her on something....
Bukankah ini satu perkembangan yg baik utk dirinya?....
Syukur Alhamdulillah....
 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design