Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

Deepavali celebration at TK

28 Okt 2014 - Kindergarten Qaisara buat sambutan Hari Deepavali bagi memperkenalkan
kpd kanak-kanak tentang perayaan2 yg ada di Malaysia.
Semua dtg pagi tu dgn costume bertemakan deepavali....
Qaisara tu sebenarnya pakai baju kurung kakak Qis nye yg masa tu baru 5 thn.
Ibu cuma match kan dgn seluar yg bersesuaian, 
pastu letak shawl sbg ganti selendang
di bahu... haha! :P 
Kebetulan kat part dada tu ada hiasan labuci yg mengelip-gelip sikit...
jadik la kan... 
Pkl 10 pagi, semua pre toddler, toddler & kindergarten children di bawa ke multi purpose hall utk menyaksikan persembahan di atas stage...
sambil itu mereka diperkenalkan dgn makanan seperti muruku dan jugak
aneka kuih-kuih sempena deepavali...
Ni masa dlm lif dari classroom nak menuju ke multipurpose hall yg terletak di tingkat 3.
Tgk la tu teacher Elly gigih snap gambar dorang...
thanks so much to teacher Elly sbb rajin whatsapp gambar ni semua pd
ibu... kalau tak... tak dpt la ibu nak share kat sini kan...
Yg berbaju melayu hitam tu.. Teacher Ammar..
teacher class Sara jgk...
Tu kat dahi tu teacher dia lekat kan sticker...
alohlohlohhh... ni Kareena Kapoor ke ni haha :D
Bergambar dgn kengkawan yg cantik berbaju 'raya deepavali'
Marissa berkenankan baju mcm yg kawan2 dia pakai ni....
dah tentu baju2 ni costume sebenar ye tak...
tapi ibu tak belikan pun..sbb ibu rasa membazir, pakai sekejap sangat la dik....
so, apa yg adik pakai tu pun dah kira ok dah tau...
art work from Marissa...
teacher dia draw kan saree tu... pastu Marissa yg warnakan...
Kesemua hasil kerja ni di tampal kat luar classroom dorang....
nice kan? :)

Ok tu je yg nak share...
nanti kita up cerita lain pulak k!

Tuesday, September 23, 2014

Marissa's progress report session.

Ni progress report update (Parents Teacher Meeting) bulan March yg lepas... 
ibu dah lama nak update kat sini,
tapi asyikla takde masa...
Setahun akan ada beberapa kali Parents Teacher Meeting yg akan
diadakan di Kindergarten TK. Masa nilah setiap ibubapa akan
diberitahu ttg perkembangan anak-anak mereka.
Tak terkecuali si Marissa ni lah...
Teacher class Marissa explain ttg xtvt yg telah dibuat
dan mcmana tahap keupayaan Marissa dlm melalukan xtvt tersebut.
Penjelasan lanjut dlm file spt dlm gambar.
Daripada sini ibubapa akan dpt lihat, samada anak-anak
ni semua betul2 bagi tumpuan dgn penuh minat
atau sebaliknya....
This is the explanation on how she interact with her friends in the class.
Teacher class Marissa kata, yg Marissa ni tulisannya kemas, bila mewarna pun
dia teliti...
Kalau dulu, bila mewarna byk yg keluar garisan, tp semakin lama, dia semakin
pandai mewarna dlm ruang yg sepatutnya....
Teacher dah mengajar cara utk membaca (mengenal sukukata)
antara xtvt dari buku kerja...
Lukisan ttg diri dia sendiri.  

Thursday, December 1, 2011

Teacher - Parent Communication Session Day

Semalam, ayah dan ibu gi Tunas Kijang (nursery yg saya stay tu) waktu lunch.  Ada communication session dgn class teacher.  Semua parent kena buat appointment dlu dgn teacher ikut class anak masing-masing.  Meeting tu kat dlm multipurpose hall kat tingkat 3 nursery.  Penuh lah meja bulat dalam hall tu dgn semua mak ayah org lain yg tgh sibuk dgr penerangan dari teacher2 ni semua. Ibu kata mcm suasana nak amik result exam je kat dlm hall tu hehehe :D gambar dlm hall ibu tak snap pun..sbb ibu malu ler...sbb ibu duduk depan teacher masa tu.

Ibu citer kat saya yg teacher ckp Marissa (kat nursery teacher panggil saya Marissa) banyak tanya dlm classroom.  Ha'ah mmg pun... bila saya cakap, saya suka tanya soalan tu dalam-dalam...contohnye...
Ibu.... kenapa ibu tidur kat sofa?
Sebab ibu pening.
Kenapa ibu pening?
Sebab ibu penat.
Kenapa ibu penat?
Sebab ibu banyak buat kerja.
Kenapa ibu banyak buat kerja?
dan bla bla bla bla...hihihihi :D

Haaa...mcm tulah selalunya kalau saya dah start tanya kat orang hehehehe :D penat kan nak jawab... kadang tu ibu rajin gak jawab...bila dia dah tak larat... dia diam jelah terus hehehe :D
jgn mare...saya mmg camtu!

Teacher cakap lagi...Marissa dah pandai mewarna dgn kemas...awal2 dulu mmg terkeluar la dari garisan gambar...sekarang dah makin pandai kawal cara mewarna...maknanya kurang la kecomotan tu ekekek :D

Marissa suka dance class..... laju je shake2 body ekekek (aiii...tiru ibu ke ni??)
Pastu Marissa dah pandai hafal lagu...(amboiiii... kemain!)
Masa teacher explain pd ibu dan ayah, teacher siap tunjuk gambar2 Marissa tgh buat aktiviti kat dlm class sbg bukti. Nanti teacher ckp nak bg gambar2 tu semua dlm CD... ish tak sabar dah ibu nak tengok...
ibu sempat snap playground kat nursery saya...cantikkan?
petang2 ada jgk teacher bwk saya main kat sini... best la ada basikal!
playground ni kat level 3
ni gambar saya beberapa minggu lepas..gambar baru nanti lah letak sini ek..sbb rambut saya dah pendek...ibu bwk gi salon kasi potong!
I love my classroom! ni semua kawan2 saya....
nanti kita sambung citer lagi ye....

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design