Monday, May 3, 2010

++ Marissa @ 11 months ++


I'm sorry dear honey bunny... ibu lambat update plak kali... byk sgt story mory the morning glory yg nak di bebelkan kat blog ibu di sana nun... hinggakan update pasal anak ibu yg dah 11 months ni berlalu lama dah. Dahla bulan ni nak setahun dah umur dia.... alohlohloh shiannnnnnnn....ok takpe... ibu update jugak k... ;)

ibu dpt snap belah atas je...yg bawah...seksa nak snap...

Si manja busyuk asham ni... dah ada gigi 6 batang... 4 btg belah atas, 2 batang belah bawah. Punyelah lama ibu tunggu, at last keluar gak... sekali kuar terus 6 btg hehehe :D keja nak mengigit org jelah yek sekarang nih.

Tak sangka budak nak setahun ni dah pandai express emosi. Cthnya, dia tau dia kena marah...pastu dia akan tarik rambut dia sendiri or tampar pipi dia sendiri tanda dia merajuk huhuhu :D

Pandai nak berebut toys ngan kakak dah skrang. Sib baik kakak jenis tak kisah, main bagi je apa adik dia nakkk... bertuah tul Qaisara nih...

Sgt manja dgn ayah.... tgh malam, ayah ckp, Qaisara panjat dia & tidur atas badan.. amboiiiiiiii...kemain! caner ibu leh tak sedar ni dik?!

Boleh berdiri sambil lepaskan tangan... cuma bila nak melangkah kaki, confirm terduduk semula... dia laju berjalan bila ada tmpt utk dia berpaut... mcm kat sofa ke meja ke... Kalau merangkak tak yah ckp la... ligat je.... sedar2 je kang dia dah menyelinap ke tempat lain...

Nak sembang..tapi ckp tak reti... at last dia panggil kita, 'ehh..ehh..!' tak pun, dia sebut 'tuuuuuuuuuuuuuu', kadang tu terdengar dia sebut 'mamam... mamam' tu maknanya nak makan la tu....kadang tu terdengar sayup2 je dia sebut 'ayah' bila suruh repeat balik...terus x nak ckp dah.... mcm tu jgk kalau dia sebut 'ibu'...sesekali je terkeluar dr mulut dia.... bila adik leh berckp betul2 ni dik? ehehehe :D

Tuesday, April 13, 2010

++ Sembelit ++


Semalam pukul 9 pm camtu, Qaisara nangis-nangis... agak luar biasa daripada selalu cara dia menangis tu. Ikutkan Qaisara ni jenis baby yg tak byk ragam, tak byk kerenah & sangat senang utk dijaga. Sebenarnya dia kena sembelit. Dulu kena pastu ok...now kena balik...adoiyaiiii... nak kata tak bagi buah-buahan.. prune, betik, pisang semua ibu dah bagi. Tapi apesal la jenuh bebenor la nak lawas.

Klinik dah byk kali gak bawak. Tapi tulah, balik2 dapat ubat yg jenis berminyak tu suruh campur dgn susu takpun vitamin usus. Hari-hari jugak ibu bekalkan ubat-ubatan tu semua ke nursery lengkap dgn pesanan penaja ibu lagi kat budak pengasuh nursery tu. Dorang bagi ke tak ni? adoii..kalau x bagi padanlah dia tak berapa nak berkesan.

So, malam tadi again ayah, ibu & akak Qis sekali gi klinik bawak Qaisara. Mujur doktor S ada. Berkerut gak muka Dr. S berfikir apa cara lagilah nak bg ubat tu. Kata Dr tu, setakat yg ada kat klinik tu hanyalah ubat yg jenis minyak dan vitamin usus tu lah utk mencernakan penghadaman makanan di dalam perut. Tapi nasib baik ada alternatif lain, Dr bagi ubat 'insert' kat montot yg ala2 ubat demam tu. Nama ubat tu 'Guarchi' ke apa ntah. Tak tau nak spell camne. Itupun dia suruh belah 2, masuk half la kiranya. 1 belah pagi & satu lagi belah petang. After 4-5 hrs kata Dr tu, dia akan mempermudahkan najis dikeluarkan. Pastu Dr S suggest suruh beli syrup lactulose kat pharmacy.

Betul la kata Dr tu, tgh malam tadi, Qaisara berjaya 'membuang' bahan buangannya. Kesian kat dia, tapi takpelah la kan daripada 'still outstanding' kat dalam perut. Lagilah jenuh. Any solutions to this problem? Sila lah kongsikan bersama.


* Footnote: bila baby semakin membesar dan makan mcm2 benda pepejal, mcm nilah jadiknye.

Wednesday, March 31, 2010

++ Between me & my sister ++

Of course we both love each other so much. Kakak will always be there for me... :)
We always play together, laughing, watching our favourite cartoons together....
Oh it's such a wonderful moments...

Wednesday, March 24, 2010

++ Qaisara @ 10 mths ++

Hari ni genaplah umur Qaisara yg ke 10 bulan. Setakat ni, budak acam ni, suka memanjat, tarik rambut kakak & ibu, suka baring atas dada ayah sambil buat aksi lentok manja. Respon pada music, lagi2 kalau bunyik lagu kat radio (bila dlm keta) or tgk iklan kat tv. Suka menyengih, tp sayang gigi takde he he he... Aksi akrobatik yg ayah dia terperasankan baru-baru ni... dia berdiri sambil lepas tangan. Entah bila la si cinonet ni nak berjalan ntah. Agaknya kalau dgn size bdn yg cenggini, boleh berjalan sekalipun, tp bila nak pimpin tangan, sure mcm tak sampai je kan hahaha :D

Suka main cak-cak dgn ibu ngan kakak... siap ada volume, ' aaakkkk...' (kengkonon dia nak ckp 'cak!' la tu)

'aaakkkk..'

Bila nyanyi lagu 'tepuk amai-amai' tu... laju je dia tepuk tangan...kemain semangat waja lagi menepuk, sampai tapak tangan tu tak bercantum pun hahaha :D sabar jelah dik....

Favourite drink, 'menenen' dari ibu. Aktiviti wajib, sblum tido, masa dlm keta sblum ibu nak gi keja, balik keja & bila2 lah yg dia rasa nak... dia tau rekues je he he he :D

Sunday, March 7, 2010

Qaisara at 9 months

She turns to 9 months old on 24 Feb 2010, ago. Ibu will keep updating on her motor skills development on monthly basis...chewah.. dah mcm accountant pulak nak kena buat report based on monthly or quarterly...fornightly bagai ihihihih :D
At this month, Qaisara mulut dah riuh la pot pet pot pet mcm nak bercakap. Sesekali tu terdengar gak bunyik mcm dia sebut 'ayah'... tapi perkataan 'ibu' mmg tak pernah terkeluar langsung dari mulut dia... sabor jelah ekekekke :D nampak sangat, dia lagi close dgn ayah...oppsss..sorry sket...dgn ibu ek... kalau tak caya, tgk la time dia nak tidur...confirm ibu kena ada....kalau tak... jgn harap dia nak tidur.
Makin lasak memanjat. Kalau dalam keta, dia tak leh duduk lama2..sure nak berdiri... mana la nak letak kat baby car seat... sure melonjak nak kuar. Pandai gak main dgn akak dia tu....selalunye dia la yg tukang lepuk akak dia... omak aiii..dak kecik sorang ni punye lasak mengalahkan baby boy....
Kalau bab makan, apa yg kita suap ke mulut kita...dia pun meleleh air liur nak sama... tp nak bagi lebih2 sangat pun tak boleh, sbb Qaisara lum tumbuh gigi lagi... apesal ntah lambat sangat. Agaknya dia khatam skill lain dulu kot.... tgk la nanti bila dia boleh jalan. Akak Qis dia dulu jalan masa umur 1 thn 1 bulan. Qaisara ni tak taulah bila....entah2 awal lagi kot.
As for Ibu pulak, rasa happy coz still can breastfeed Qaisara. Dapat setahun pun kira bersyukur dah sangat. Kira satu kejayaan jugaklah sbb mampu bertahan. Masa akak Qis dulu yg mcm sekejap sangat, sbb kurang ilmu di dada... sila lempang diri sendiri sebab tak prepare dari awal huhuhuhuhu :(

Yuhuuuu...buat pe tu? sib baik kat montot tu ckp 'i love mama'... kalau tak.. ibu geget dah montot tu :D

buat selerak la tu apa lagi...

kalau ajak mandi...kemain sukee...

ok itu aje update for this month. Jumpa lagi next entry.... bubbye!

Monday, February 1, 2010

++ Qaisara from 5 - 8 months ++



Gegambar masa umur 5 bulan. Mulut dah mula nak bersembang.... suka buat bunyi-bunyian. Agaknya dia baru noticed yg dia ada suara agaknya hahaha :D Qaisara...Qaisara...
at 6 months old - menyengih jela kejanyeeee....

Suka masukkan kaki dalam mulut. Sedap agaknye he he :D paling x tahan, org sibuk ckp, 'nak dapat adik la tu'... erk... tak logik...tak logik...

At 8 months... merangkak dah laju. Duduk dah stable tak menyenget-nyenget dah lah.... cuma ibu tak berani nak bagi Qaisara lepas bebas sangat...takut la terlentang ke hapa.... tau jelah pangai ibu kan...panik je doplohpatjam hahah :D

Wednesday, October 21, 2009

.:: Qaisara from 1 to 4 mths plus ::.

4 bulan lebih....


Motor skill yg dpt aku tgk pd Qaisara waktu dia 4 bulan ni ialah, badan dia dah ringan agaknya...gara-gara dah terror meniarap guling-guling.....sampai terkeluar dari tilam single tu, now dah mcm mula nak mengangkat badan ala2 nak merangkak la pulak...menonggeng2 sekejap, pastu dia meniarap balik....

Yg aku ni mmg memang sengaja letak Qaisara atas tilam single supaya boleh letakkan dia arah melintang tilam, so, ada space lebih sket kan.. kalau guna toto aku risau nipis takut kepala tu berdentum lak kalau terhantuk ke apa...eii naya...Kalau kat nursery tu pulak...baper kali dah dia tergolek dari tilam kata bebudak pengasuh tu...sedar2 je dah ada atas tikar dgn posisi meniarap baekkk punyaaa...
tu kalau tergolek cantik... kalau tergolek tak sempat balance... jawabnye...confirm la melalak si kecik sorang tu....ni la yg aku risaukan bila Qaisara dah mula melasak...takkan nak halang perkembangan dia...pergerakan dia... tul tak....?

Masa ni jugak la air liur makin byk yg meleleh2 sampai byk rambut aku yg keguguran....

dah reti pegang teether dia dah... kemain lagi sumbat dlm mulut...

Pastu pandai bercakap jugek si kecik ni... tapi bahasa dia la... kan? bukti..kena tgk video dia nanti later on aku upload kat sini. Agaknya dia baru realize yg dia ada suara agaknya... tu yg dok pot pet pot pet siang malam tu kot..... naik je keta pagi2....kalau dia dah jaga dari tidur time tu...confirm dia borak sorang2.... ayah dia leh jadi tak concentrate la masa bwk keta, sbb asyik nak toleh ke belakang... tgk dia berckp sorang2 tu....


Ni gambar masa 3 bulan


Yg ni pulak, gambar masa umur 2 bulan (24 Julai 09)

Hi...cAyer daH 2 buLaN ler... ceKeJap je kaN cayer dah becor... Ibu KaTa, caYer daH PaNdai tGk oRg, meSti Cayer cenyUm-ceNyum shorang..shorang... keJap cayer paling kepAla Cayer ke KiRi...cekeJap ke KanaN.... SaYa Pun daH kuAt anGkat KepALa Cayer tau...

HobI caYer....suKer suruh Org duKung caYer la!!... cubA iBu Letak cayer...mesti cayer tak mor...mEsti caYer Nangish...nangish hehe :D Notty kan cayEr... ?? Ala... biLa lagi cayer nak manjA-manjA kan...paSnih daH kena duduK kat nursery... bowink laaa camnieh...huhuhu... :D

Owh..luPer nak ciTer... caYer shuker shangat Ishap jarI.... shedapppppp laaaa..hihihi...
OkAyLah..itU je Yg Cayer Nak bagiTau tata! :D


1 bulan (24 June 09)

Hari ini genaplah umur Nur Marissa Qaisara yg ke 1 bulan. Cepat betul masa berlalu... pejam celik, pejam celik dah sebulan jugak aku melalui tempoh berpantang.... minggu lepas (17/6/09) masa bawak baby Qaisara gi klinik, sempat la timbang berat badan dia. Dah 4.01 kg, naik sekilo dari berat masa lahir dia. Hari ni kalau timbang...sure makin berat dak kecik sorang tu.

Perkembangan terkini baby Qaisara yg pertama-tamanya of cos kuat nenen.... kejap2 cari nenen, celik je mata, carik nenen... kadang tu, dia sampai mcm marah2 kalau ibu dia nih terhegeh-hegeh nak sumbat nenen ke mulut dia.... Syukurlah susu ibu dia tgh 'meriah' skrang ni... jadi dapatlah dia fully breastfeed. Semoga ibu dapat menyusukan Qaisara selama yg boleh ok darling ;) ...
Style tido pulak, dia selesa tidur mengiring. Kalau letakkan dia cara terlentang..mmg dia mudah terjaga & terkejut, so, mengiring lebih buat dia tidur lena. Dahlah style tido mengiring tu sepesen style ibu dia tido ngan tangan dia letak kat tepi pipi... sejibik mcm gaya org besor tido ehehe :D

Pastu baby Qaisara byk tidur pada sebelah siang, jadinya senanglah ibu nak masak (utk diri sendiri jelah makan kan...), pastu boleh lah bertungku, berbengkung, termasuklah pakej mengemas rumah sekali, basuh kain... aku berpantang2 juge, keja rumah sekali arung aku buat.... tak reti betul nak duduk or tido baring je... lagipun dah rasa cergas gila dah badan nih ekekeke :D tu yg bila neighbour, sedara mara dtg melawat & boss aku pun ada gak dtg melawat, dorang cam terperanjat, sbb aku bleh ke sana kemari, siap hidang makan minum lagi kat dorang hahahaha :D giloss...Tapi itulah hakikatnya....

Emm..berbalik pada citer Qaisara tadi, disebabkan siang dia tidur nyenyak, maka malam ibu dia nih kenalah jadik zombie kampung pisang. Mana taknya, mata dia membulat je tak mor tidur. Kejap aku dukung, kejap ayahnya dukung...masa ayahnya dukung....rilek je dia tidur nyenyak.. sedap je dia dalam dakapan ayah dia tu. Elok je letak kat katil dia, siap lah ngko punya 'huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'.... yes itu adalah pe'el terbaru dia ye.... itulah dia cabaran2 berbaby kecik ye.... berjaga la ngko tgh malam ekekeke :D

Smlm, aku rasa aku tidur2 ayam je... sebab aku lah silap, ptg tu aku pi bantai minum nescafe, sampai 2 mug rasanya (lepas gian la katakan) sudahnya si kecik tu yg tak ngantuk2.... segar bugar je mata dia.... ha amik ko, padan muka aku! ekekekek :D lepas ni aku kena beringat la... coz Qaisara menyusu badan, apa yg aku makan, dia pun dapat sama khasiatnya.... haa...itulah dia khasiatnya...dia tak leh tidoq .... heeeee :D

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design