Sunday, August 25, 2013

Homework for 'Merdeka Day'...

Hi semua...assalamualaikum..apakhabar? lamanya blog Sara ni ibu tak tolong update kan?
Yelah sebelum ni ibu sibuk dgn adik baby saya yg baru lahir tu...
pastu pulak bulan puasa, lepas puasa pulak raya dan kita balik kampung lama! yeay! 

ohh..lupa nak ucap selamat hari raya utk semua..harap tak terlambat la ye..sbb masih bulan Syawal lagi kan :)

...mmg takde masa langsung ibu nak tulis apa-apa kat blog ni...
Semalam, ayah tolong Sara bg idea, mcmana nak buat design pada 2 keping kertas berwarna ni... teacher kat nursery Tunas Kijang, bagi 2 keping kertas yg berwarna kuning dan merah... 
Dgn kreativiti sendiri, Teacher suruh design kat kertas berwarna tu.. dgn apa-apa design yg berkaitan Hari Merdeka.
Dapatlah design mcm gambar kat atas sekali dan gambar yg ni...
ok tak? Nanti nak hantar kat teacher utk decoration kat dlm classroom...
Ni masa tgh nak siapkan tulisan.... Jgn tak percaya..ini mmg tulisan Sara...
Sara dah pandai tulis nama sendiri jugak.. & dah kenal huruf...
utk tulis perkataan kat kad tu.. ayah cuma perlu sebut aje apa huruf-huruf yg nak ditulis...
lepas tu semua Sara yg tulis sendiri...
Masa tulis ni, Ibu siap tanya ayah, betul ke tu tulisan Sara... sbb ibu tgk kemas je...
Pastu ayah ckp...mmg la tu tulisan Sara..takkan tulisan ayah kot!...
ayah cuma sebut je satu-satu huruf utk Sara tulis kat situ...
Ok...tu je utk entry kali ni...nanti kita sambung lagi ok!

Tuesday, July 30, 2013

Sayang baby Qamilia...

Hi...assalamualaikum... tima kasih sbb jenguk jugak blog saya ni. 
 Lama dah ibu tak tolong update kat sini.  
Ibu sibuk la sekarang...Yelah dah ada baby kan...
dgn nak tgk adik lagi...nak layan Sara & akak Qis jugak...
mana la sempat ibu nak update kat sini.  Apa pun, ibu tetap update apa2 story kat blog ibu sendiri.

Gambar ni ibu ambik di pagi subuh, lepas Sara siap-siap pakai baju nak pegi kindergarten.
Sementara tunggu ayah tu, Sara baring dulu kat sebelah baby Qamilia sambil peluk baby.
Sara mmg sayang sgt kat baby Qamilia.  Seronok la ada baby...
 kalau dulu Sara la yg jadi baby,
tapi sekarang Sara dah besar, dah 4 thn pun...
kena bagi chance kat adik pulak utk manja-manja kan...
Ni masa kali pertama Sara tgk baby Qamilia yg baru lahir kat hospital.  
Nenek yg pegang baby Qamilia masa tu...
Baby Nur Mardhia Qamilia lahir pada hari Jumaat pkl 10:26 pagi, 28 Jun 2013 kat Hospital KPJ Kajang, tempat Sara lahir jugak dulu.
Mula-mula tu rasa jeles jugak sikit-sikit...
tapi lama-lama dah tak jeles dah pun....
dah semakin sayang dgn adik....
kalau tak cium baby, rasa mcm tak best je...
Kadang tu sampai ibu marah Sara sbb selalu kacau adik tgh tidur...
asyik nak cium je.. hihi :D
Sara selalu mintak kat ibu utk riba adik mcm ni...
Ni masa baby Qamilia hari kedua balik ke rumah dari hospital....
Sara sonok sangat sbb baby Qamilia dpt share barang-barang Sara dulu....
ni katil Sara masa baby dulu...
Sekarang dah jadi hak baby Qamilia pulak la....
Ibu ckp, baju-baju Sara masa baby pun ibu nak bagi adik Qamilia pakai...
Kakak Sara yg excited bila baby pegang tangan dia...

Oklah... nanti kita sambung citer lagi ye...
bye!

Saturday, June 1, 2013

Marissa's Trip to National Science Centre

22 May 2013 yang lepas, iaitu hari Rabu... for the first time ibu & ayah izinkan Marissa join trip to National Science Centre (Pusat Sains Negara)... ikutkan dah dua kali trip yang dibuat oleh pihak nursery, tp masa tu Marissa kecik lagi...
so, rasa mcm berat tul hati ibu ngan ayah nak bagi dia join trip.  Bukannya apa, masa tu memikirkan waktu tu dia baru 3 thn...so, agak lasak & risau jugak takut teacher tak ter'handle' dia hihi :D rupa-rupanya, dia behave bila dibawah pengawasan teacher dia ok!
Hari tu, all the kids bertolak pukul 8.30 am dari nursery 
Seronok tgk gelagat Marissa & kawan-kawannya yg tgh queue utk naik bas....
Thanks to Teacher Iz sbb bagi ibu gambar2 ni semua...
Balik dari trip, terus ptg tu dia bercerita ke'happy'an dia dpt pegi trip to dgn bas....
amboiiii! suka la tu!
Teacher dah pesan suruh bawak botol air yg ada tali...senang nak sangkut kat badan
 haha :D homey shangat!!
suka la tu! teacher nya ckp, semua join trip tu... takde yg tak pegi...
sure meriah kan bila ramai2 mcm ni...
masing-masing pose tak nak kalah... :D
PEACE!
Dgn teachers of T6 class! (Teacher Iz, Teacher Yogi & Teacher Dee)
Sebelum balik, bergambar beramai-ramai dulu k!

Monday, May 6, 2013

Bibik in the house!


Senang la ibu ngan ayah skrang...
sebab dah ada 'bibik' yg tolong kat rumah tu hehe :D
Ayah belikan cleaner set ni, sbb anak dara kecik ni suka
bebenor kacau ayahnya mem'vacum' kat rumah tu...
sibuk nak tekan-tekan tmpt vacum tu...
sibuk nak sedut-sedut habuk...
Vacum ni yg bestnya, mmg boleh sedut habuk, boleh letak bateri dlm tu, lepas tu
ada diberi bebola foam satu plastik kecik, then, boleh vacum mcm betul2 punye vacum..
hihi:D cute sangat!
tgh pegang botol susu pun, nak mengekor ayahnya mem'vacum'...
Belikan aje, set cleaner ni....habis citer... beli online aje..senang.
biar dia memain sendirik....
bleh gak prektis jadik anak dara yg rajin mengemas....
Jgn masa kecik je rajin nak menolong tau adik?...
bila besar nanti, jgn jadi anak dara pemalas...
apa pun tak boleh nanti heheh :D

Tuesday, April 9, 2013

Macam-macam Marissa...

Ni doll favourite dia... namanya 'Emi'.  Nama tu dia sendiri yg letak.
Ada lagi satu doll versi 'boboy' dia letak nama 'Adam'.
Habislah di dodoi, di kendong, bawak naik basikal & letak dlm bakul basikal dia,
pastu dibedungnya, kadang tu dia buat 'buaian' sendiri.
Guna selendang ibu buat mcm buai utk dodoikan adik la kengkononnya tu...
Macam-macam imaginasi si Marissa nih...
Kalau gini rupanya dia dok kelek doll nye...
lega la hati ibu ni... 
dlm masa 2 bulan lagi, Marissa dah nak dapat adik...
boleh la ibu harapkan dia tengok-tengokkan adik ek...
jgn nanti menjeles pulak dah ler hihi ;D
Bila ditanya suka tak pegi school? dia cakap 'SUKAAAA!!!'
bila ditanya pulak kenapa suka gi school? dia ckp, 'sebabbbbbbb..adik suka teacher Is, teacher Yogy, adik ramai kawan, adik suka kawan dgn Kauthar, pastuuuu...
adik suka pegi gym, singing & colouring kat school.' (Kauthar yg budak pompuan duduk kat sebelah dia pakai baju belang2 mcm dlm gambar tu, close friend dia la tu)
Ni pulak basikal baru yg ayah belikan minggu lepas.
nak main basikal punye pasal, rushing ayah drive nak sampai rumah sebelum 'gelap'.
Itupun dah pukul 7pm tau masa ni...
nak jugak merasa kayuh basikal dgn si kakak sebelum maghrib....
kesian punye pasal, bagi la main kejap sementara belum azan....
apa nak buat ye tak....
ibu ayah keja nun jauh kat KL, budak2 ni pun sekolah kat KL jugak....
balik rumah pulak, nak tempuh jem lagi....
kalau takde apa2 hal cepat je sampai rumah...
tapi kalau sangkut jem....pkl 6.45pm atau 7pm camtu baru la sampai depan pagar rumah..

Sunday, March 17, 2013

Si Dobot yang berselera makan...

Sejak nak masuk umur 4 tahun ni... selera makan Qaisara nampaknya semakin bertambah...
Kalau dulu, kicap pun dia tak boleh terima....kan kicap tu kaler hitam...dia dah start buat muka pelik.. & mmg tak nak lah dia jamah terus nasik tu....
kalau kuah berkaler merah dia kata pedas (walaupun tak pedas) mmg la tak nak jugak...
adoi payah!
lagi rela makan nasik putih kosong dgn lauk aje...
Tapi favourite nya kuah sup ayam ke, sup ikan ke, sup sayur ke...
asal sup je licin lah pinggan.
Sekarang, dah tak sesusah dulu...
Bawang yang dulu dia tak suka pun, dia siap boleh request kat kakak dia gini, 
'kakak kalau tak nak bawang, bagi adik tau...' 
hamboihhh! kalau dulu jangankan nak
makan bawang, baru nampak dlm pinggan je, 
dah cepat-cepat dia letak kat dlm pinggan 
ibu atau ayah...kemain ye! ekekek :D
tapi itu satu perubahan yang baik la kan....
at least dia dah mencuba benda baru...
kuah kari, pastu kalau ada masakan bersambal sket, dia dah boleh
makan la...dgn syarat, kita kena beria-ia la cakap kat dia, 'yg ni
tak pedas, manis je rasanya'...barulah dia nak cuba....
Ayam goreng drumstick tu....mmg dia punyelah favourite lah tu!....
cara nak mintak senang je ayat dia, 'ibu adik nak ayam goreng upin ipin tau!'
pengaruh katun sangat haha :D
Ni masa baru lepas mandi petang....dah mintak nasik...
so, bagi dia makan awal dulu...
mmg seronok tgk dia makan...3 pinggan okay mintak tambah!
Lagi satu perangai, kalau tak dapat susu sebotol...
siaplah dia punye mengamuk....
kebetulan hari Sabtu hari tu, ibu dah siap bancuh susu, nak bawak masuk kereta, 
sebab kitorang semua nak keluar hari tu....
ntah macamana, botol susu tu tertinggal pulak atas meja kat rumah...
bila dalam kereta dia teringat botol dia...
carik punya carik..takde...bermakna dah tertinggal kat rumah...
apa lagi..melalak la satu keta....dgn sekuat-kuatnyaaaaaaaa.....
grr...pujuk punya pujuk tak jalan...
dia nangis tak berhenti2...
bila sampai je shopping mall, ayahnya pujuk siap dukung bagai....baru dia cool down sket....
lepas tu mata bengkak-bengkak baru lepas nangis,
ibu umpan la dgn toys ni...
barulah nak ceria balik...
sabor jelah adik ni...umur nak masuk 4 tahun dah sayang oiii..
bila nak berenti botolnya ntah....
Set ni lah yg dia pilih sendiri....
beli kat Parkson...
rasanya dah byk kali dah beli ni...
lantak..layan kan jelah....asal dia senyap sudah! :)

Saturday, March 9, 2013

Parents & Teacher Meeting 2013

Khamis lepas, ibu ke sekolah Marissa utk 'Parents & Teacher Meeting'. 
 Kiranya ni utk update progress
 Marissa kat Toddler class utk awal tahun 2013.
Ada 2 orang teacher yg jumpa ibu hari tu dan ceritakan tentang perkembangan Marissa sepanjang kat Toddler Class.
Kata Teacher Isz tu, Marissa pandai menyesuaikan diri dgn kawan-kawan sekelas.  Kiranya takde lah berlaku, gaduh-gaduh antara kawan dia ke apa, atau berebut toys ke, sebab masing-masing dah pandai berkawan. Marissa jugak seronok buat activity yg Teacher bagi, cth: mewarna, mengira, menyanyi dan macam-macam lagi...

Alphabet & numbers pun dia dah kenal...
Warna pun dia dah kenal jugak...dan bila buat activity mewarna, dia dah pandai mewarna dengan kemas & tak keluar garisan.
Untuk menulis, dia dah boleh jugak cuma kekemasan tulisan masih dlm peringkat pembelajaran, sebab at this age, kata Teacher nya, kanak-kanak mmg belum betul2 dpt menulis dgn baik.
Activity yg paling dia minat ialah activity kat gym... patutlah kat rumah dia selalu panjat-panjat (rupanya dia praktikkan apa dia belajar kat gym tu, bila kat rumah).  Haa..bab ni mmg ibu mention dgn Teacher Isz supaya
nasihatkan Marissa.  Sebab risau keselamatan dia kalau dia asyik panjat-panjat (grill atau kerusi sofa, kerusi kat dining hall) takut nanti dia terjatuh.
Kalau kat gym tu takpelah kan...mmg ada peralatan yg sesuai dan selamat, 
selain di jaga oleh Teacher yg terlatih.  Ibu faham, adik mestilah suka panjat-panjat ni semua kan... sbb ada 'rock climbing' lagi kat school adik kan?
So, kena extra careful ok?!

Kemudiannya Teacher Isz & Teacher Dee bagitau ibu yg Marissa suka kelas Agama juga.  Dari situ dia dah mula pandai hafal nama-nama Nabi, sebab Ustaz ajar dgn cara memasang lagu nasyid.  Jadi, budak-budak senang menghafal nama-nama Nabi.

Apa pun, setakat ni, ibu berpuas hati dengan progress Marissa bila kat Tunas Kijang tu...
Asalkan Marissa happy dgn suasana pembelajaran kat sana... tu lebih penting...
 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design