Tuesday, August 5, 2014

Deko Raya @ Tunas Kijang...

Minggu akhir sebelum cuti raya hari tu, kindergarten si Sara ada buat decoration
sempena nak sambut Hari Raya.
Ni kat level 4, TK.
Kreatif kan teachers kat TK tu?
dorang buat ruang yg ada mcm meja & kerusi...pastu ada
letak replica lemang la, nasi impit la...
guna polistrin je...mcm real je...
tu yg ibu suruh Sara & kakak bergambar kat sini sbg kenangan.
Ada pelita...ketupat 'giant'
View dari depan sket...
Kakak masa ni baru balik dari Kelas KAFA, pastu terus
ikut sekali gi amik Sara & Qamilia kat nursery.
Ni kat level 2, infant.
Pun ada raya decoration jugak.
Bertemakan upin ipin...
pelik sket sbb upin ipin nye kulit gelap la pulak haha!
Ok lastly kita letak gambar kakak Qis
sbg penutup entry....
kakak nak bergambar kat tepi ketupat yg bergantungan tu... :)

Monday, July 21, 2014

Dapat belajar berpuasa 1/2 hari aje...

Salam semua..lamanya ibu tak tolong update blog Marissa ni kan?
Ibu bizi teramat...sampaikan takde masa langsung nak citer pasal Marissa...
Entry yg lepas, pasal Marissa demam....
tapi alhamdulillah..lepas buat blood test kat Specialist
Hospital... resultnya normal dan Doktor pun bg antibiotik utk makan 5 hari, 
pastu makan ubat demam... dan terus baik...syukur sangat.

Ni pasal puasa pulak.  Walaupun lagi 5 hari je dah nak raya....
Ibu share kan kat sini utk kenangan-kenangan Marissa bila besar nanti ok.
Tu gambar atas, masa Marissa sahur.  Makan nasi putih semata-mata.  
Ibu suruh letak kuah tak nak,
letak sayur tak nak... letak kicap pun tak nak....
tak taulah adik makan kosong mcm tu rasa sedap ke tak....kalau ibu la...
sure kering tekak ibu tau... Hari pertama adik berjaya puasa sampai pukul 2 petang.
Ibu sebenarnya kesian kat adik... tak payah puasa pun tak pe sebenarnya.
Tapi adik yg beria-ia sangat nak cuba puasa.
Syabas anakku...ini mmg dah cukup bagus...sbb dah puasa separuh hari....
pelan-pelan belajar tau...
Marissa sampai bertinggung sbb penat berjalan tunggu ayah beli lauk masa ni.

Di hari pertama berpuasa...jatuh hari Sabtu 28 June 2014.  
Ayah bawak kita semua gi bazar ramadan.
Ni la sekali kita ke bazar ramadan....selebihnya kita makan kat rumah / kat luar aje.
Sesak sangat bazar ramadan tu.. tak larat nak berasak dgn org ramai.
Masa berbuka puasa kat luar ni, kita baru berpuasa pada 4 Ramadan.
Jalan punyelah jem teruk, yelah hari kerja katakan. 
Tu yg ayah ajak kita berbuka kat luar aje terus.
Berbuka puasa di luar pada 7 Ramadan.  Pun hari kerja jugak ni, petang Jumaat
tu, dari ofis ibu terus ajak ayah ke Bangi sbb nak singgah ke poslaju amik barang.
Tak sempat nak berbuka kat rumah..so, kitorang berbuka kat Restoran Di Rimba kat Bangi.
Gambar masa makan..ibu lupa nak snap la pulak...hehe :P
 Ni masa sahur dlm pkl 4.50 pagi.  Kakak tu kemain muncungkan muka dia?
ngantuk la tu...
Adik ok sket muka...tak muncung sangat...
ibu dipaksa gerak oleh Marissa utk sahur.
Ikutkan ibu tak sampai hati pun nak kacau Marissa tidur...
dan hasilnya, Marissa berjaya berpuasa utk separuh hari jugak.
Ni masa ibu mintak tolong buat popia crabstick.
Sedap tau...
ranggup dan yg paling best sbb isi ketam tu rasa manis je
bila dibalut dgn kulit popia yg digoreng ranggup....
Nanti kita buat lagi sama-sama ok!
Ni masa kita gi jenjalan weekend, tgk barang-barang utk persiapan raya...
ada ketupat utk gantung2 sbg hiasan.
Ni masa ayah bwk gi downtown Jln Reko, tgk2 baju frozen yg bersepah-sepah
 kat sana sini...
Ni pulak minggu lepas, masa kita ke AEON Wangsa Maju utk beli baju raya...
tp ibu terlupa snap masa tgh shopping tu...sowieeeeeee....
Kemain adik posing ek?...mengalahkan Barbie kat belakang tu la pulak hehehe :D

Nanti bila free ibu sambung update cerita kat sini lagi ok....

Sunday, June 15, 2014

Saya demam la...

14 June 2014 - Mlm Sabtu lepas, nampak ada tanda-tanda Sara nak kena demam...
Mulanya ayahnya yg kena demam dulu... 
selang 2 hari kemudian... Sara pulak yg demam...
jangkit dgn ayah la kot...
dah tu pulak cuaca memang panas...pastu hari Sabtu tu pulak kita
ada keluar gi Putrajaya...
mmg panas terik pun...pun punca kepada demam jgk la tu..
Esoknya tu, pagi Ahad, ayah dan ibu bawak Sara gi klinik...
cian dia... muka pun tak larat je...sampai baring kat atas riba ayah
masa nak tunggu turn doktor panggil masuk. Ibu tak sempat snap pulak masa tu.
Yg si kakak, pandai pulak dia bawak buku cerita siap2 dlm sling bag...
nak elak boring la tu...bagus..bagus!
Ok dah ada dlm bilik Doktor dah masa ni...
Doktor check suhu masa tu 38.5, pastu check tekak, ada merah sket...
batuk & selesema pulak tu...
So, Doktor bg ubat demam, batuk, selesema & antibiotik...
Lepas check Sara, giliran ayah pulak check dgn Doktor..
hari tu ayah demam... tak jumpa Doktor pun...ni baru nak 
jumpa... ayah ckp dia pening kepala masa demam hari tu...
blood pressure ada naik sket... nanti Doktor suruh dtg semula utk check 
if masih ada rasa sakit kepala lagi lepas ni...
Hari ni Isnin, 16 June, Ibu kena la amik cuti utk jaga Sara...
lagi pulak Qamilia pun badan dia dedar sikit...
2 kali jgk la bg makan ubat kat Qaymie tu...
Harap Sara dan Qaymie tak demam lama-lama ye....
Cepat-cepat tau sembuh sayang ibu ni....
cian dia....
Sara nak makan bubur nasik letak ikan bilis goreng & sosej goreng...
sbb tekak dia x selera nak makan...
Ibu ikutkan aje...asalkan dia ada selera nak makan....

Wednesday, May 7, 2014

Budak yg tak reti dok diam :P



Ni lah dia perangai Marissa... budak yg energetic, tak reti dok diam...
ada je benda yg dia nak buat...
kalau dlm keta, tertonggeng sana...tertonggeng sini...
mcm boyish sket perangainye....
anak kesayangan ayah jgk ni sebenarnya....
ayah kalau nak gi kedai pun angkut dia jugak...
buat peneman...

ni masa kat kedai makan...sementara tunggu makanan sampai....
ada je dia nak buat...
tiup ulat terbang tula..
bila tak dpt tiup...
dia mcm menahan geram je..
haha :P

ayah dia nampak perangai dia camtu...
terus senyap2 record apa yg dia buat...
pastu tunjuk kat dia balik...
bila tengok semula...mmg kelakar tau....
hahaha :D
tau pulak dia gelak tengok perangai dia sendiri...
layannnnn.....

Thursday, April 10, 2014

Daftar Darjah 1 - Done!

Walaupun Sara baru nak masuk 5 tahun...tapi ibu dah pun submit registration
form utk Sara darjah 1 nanti.  Ikutkan ibu nak buat masa Sara umur 6 tahun je.
Tapi rupanya, sekarang ni permohonan kemasukan dah pun dibuka utk
pelajar tahun 1 yg bakal bersekolah pada 2016.

Itupun mujur ayah yg perasan banner yg pihak sekolah gantung kat depan
sekolah kakak Qis tu.
Kalau tak..rasanya ibu pun sure tak ready apa2 lagi...

Tarikh tutup permohonan katanya 30 April 2014.  Fuhh..tak lama dah tu...
bermakna hujung bulan ni jelah..
So, lebih baik settle kan cepat-cepat.

Keperluan pendaftaran utk kemasukan ke tahun 1:
- Sijil kelahiran (original) utk tujuan pihak sekolah cop dibelakangnya
- Salinan Sijil kelahiran
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Bil utiliti (air / elektrik) - bagi salinan pun xpe
- Borang pendaftaran kemasukan sekolah yg lengkap diisi.
- Sampul surat beralamat sendiri, dengan setem 60 sen.

Moga permohonan ini berjaya.  Ibu mmg nak Sara sekolah kat tempat yg
sama dgn kakak Qis.  Senang kakak boleh tengokkan adik sekali.

Sunday, February 16, 2014

CNY Celebration @ TK

13 Feb 2014 ~ Khamis lepas, ada sambutan Chinese New Year kat kindy Qaisara.
Parents dialu-alukan sekiranya nak pakaikan costume yg bertepatan dgn tema utk
anak-anak memasing.
Kalau takde, boleh je pakai baju kaler merah.  Ibu pun pada mulanya, rasa mcm
malas nak beli baru utk Sara.  Sebab ingatkan nak gunakan semula yg tahun lepas punye.
Sekali senteng la pulak..baju senteng, seluar apatah lagi...

Kebetulan lunch hour hari Rabu, ibu sempat keluar kejap, jenguk kat Kamdar.
Rezeki Sara la tu... sbb tgh ada discount utk cheongsam sampai 20%. So, cheongsam
yg Sara pakai ni..baru berharga RM16.90.
Murah le tu!..so, boleh la belikan sehelai utk dia...
Anak cina mana tersesat nih...hahah :P
Gong xi Fa Chai!!
mata dahlah sepet...
dah mcm anak cina betul dah...
Suasana kat classroom pagi tu....
semua pun ikut tema...sana-sini kaler merah...
 Ni Qaisara dgn Aina... Aina kiranya bukan sekelas dgn Sara, dan bukan sebaya.
Aina 6 thn. Qaisara pulak 5 thn.  Pagi2 mmg kids semuanya dikumpulkan dlm satu
classroom, senang teacher nak handle yg baru sampai ke kindy. Pukul 8 am, baru
masing-masing masuk ke kelas sendiri.
alamak...malu2 la pulak yg lain-lain tu..jenuh ibu panggil..
yg pandang camera..ada la sorang je...huhu :)

Ok... my dear princess...belajar rajin-rajin kat kindy tau!

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design