Tuesday, September 23, 2014

Marissa's progress report session.

Ni progress report update (Parents Teacher Meeting) bulan March yg lepas... 
ibu dah lama nak update kat sini,
tapi asyikla takde masa...
Setahun akan ada beberapa kali Parents Teacher Meeting yg akan
diadakan di Kindergarten TK. Masa nilah setiap ibubapa akan
diberitahu ttg perkembangan anak-anak mereka.
Tak terkecuali si Marissa ni lah...
Teacher class Marissa explain ttg xtvt yg telah dibuat
dan mcmana tahap keupayaan Marissa dlm melalukan xtvt tersebut.
Penjelasan lanjut dlm file spt dlm gambar.
Daripada sini ibubapa akan dpt lihat, samada anak-anak
ni semua betul2 bagi tumpuan dgn penuh minat
atau sebaliknya....
This is the explanation on how she interact with her friends in the class.
Teacher class Marissa kata, yg Marissa ni tulisannya kemas, bila mewarna pun
dia teliti...
Kalau dulu, bila mewarna byk yg keluar garisan, tp semakin lama, dia semakin
pandai mewarna dlm ruang yg sepatutnya....
Teacher dah mengajar cara utk membaca (mengenal sukukata)
antara xtvt dari buku kerja...
Lukisan ttg diri dia sendiri.  

Thursday, September 11, 2014

TK celebrating it's 3rd B'day

5 September 2014, genaplah 3 thn TK (nursery & kindergarten) ni beroperasi.  
Bermula dgn menghantar Qaisara seawal usianya 2 tahun lebih, followed by
adik baby nye, Qamilia, sejak berusia 3 bulan.
TK ni company tempat ibu & ayah bekerja yg punye.
Staff diberi kemudahan child care centre utk menyenangkan
parents hantar anak ke pusat asuhan yg berdekatan dgn ofis.

Sejak hantar ke TK, boleh dikatakan hati ibu ni tenang la jugak...
sbb nursery ni sgt menitik beratkan soal keselamatan, kesihatan, kebersihan
setiap anak-anak yg dihantar ke sini. (dgn erti kata lain, quite strict)
Dapat cupcake ber no 3 sbg tanda usia 3 thn
sudah TK.
Sara tinggal lagi setahun utk bersekolah kat sini, sbb thn depan umur dia
baru 6 thn.  Qis tak sempat merasa sekolah kat sini sbb masa TK baru dibukak,
Qis lagi 3 bulan nak masuk darjah 1. So, takkan nak stopkan dia kat
kindy lama dia kan...
Makanya, hanya Sara & Qaymie je yg dpt dihantar ke TK.
Ok lastly gambar ibu & Qaymie tumpang sekaki utk bergambar 
sbg kenangan..

Wednesday, August 27, 2014

Raya @ TK


Citer beberapa minggu yg lepas, 8 August 2014, Jumaat - Tadika dua beradik si Qaisara dan Qamilia ada buat jamuan raya.  
Masa nak hantar gi nursery, si Sara dah kena pakai siap-siap baju
kurung dari rumah.  Tapi ni bukan baju kurung, tapi kebarung (kurung campur kebaya gitu) Qaymie je tak pakaikan dulu, sbb dia masih tidur dari kat rumah sampailah dahnaik keta... dah tentu2 la mandi pun tak lagi... 
Kat nursery lepas mandi, baru teacher dia tukarkan baju kurung jugak.

Si kakak Sara nye pulak, excited la kan pagi tu...
kemain posing haa..kat depan kelas...
takyah diajar-ajar pun...
eceh...cehhh...
siap rekues nak pakai rantai & gelang tangan yg teacher kelas dia bagi tu...
Ibu pun alang-alang enterframe la sekali 
bergambar kat depan kelas Sara! *mak anak sama je naik!
Jamuan raya TK buat kat multi purpose hall dorang.
Tgk la tu ada biskut raya & makanan-makanan yg berkonsepkan raya la kan...
tu makan lontong gamaknye...
gegambar kat dlm dewan ni, teacher kelas dia yg whatsapp kan...
bagus kan?... at least dpt jugak la kitorang ni menengok aktiviti anak-anak kat nursery.
si Qaymie pun, walaupun kategori baby...
teacher kelas dia, bwk jgk ke multipurpose hall utk tgk persembahan....
elok je tak bising pun, kata teacher dia...
ni masih dok tunggu gak gambar yg teacher si Qaymie janji nak whatsapp...
boleh jugak share kat sini...nak jgk tgk aksi dia caner...
Sara buat pe tu? tlg potongkan nasi impit kawan ke? hehehe :D
Lepas tu dorang kena buat persembahan menari dan menyanyi kat atas stage.
Amboi kemain melentik masing-masing ek?? 
Ni tgh nyanyi lagu raya Hail Amir & Uji Rashid ke?? 
'Adik ku manissssss..cantik bergayaaaa...bolehkah abang ikut bersamaaaaaa''
Sara dan kengkawan kelasnya.... ceria kemain...
apa yg pasti, Sara mmg suka take part dlm acara2 yg kindy dia buat.
Menari ke, menyanyi ke..semua dia excited je join.
Siap prektis kat rumah sampai mak dia nih tak daya nak menengoknye...
Dalam ramai-ramai kengkawan nye tu...dia yg nampak paling tinggi....
tak mcm umur 5 thn pun...
Syukur sbb dia mmg suka pegi sekolah....
tak byk kerenah la...senang kejut bangun, mandi pepagi buta dgn air yg sejuk tu....
pastu bila hantar kat tadika pun takdelah berdukung / mengamuk2 ke...
senang la sket kami berdua nak handle...
Qaymie pun sama jgk...
gamaknye dah tau dah diri masing-masing kena tinggal bwh jagaan org lain sbb
sepanjang mak bapak keja kan...
dah dari kecik umur 3 bulan sampai la sekarang... dah memahami la tu....
Ok entry ni diakhiri dgn gambar classmates Qaisara & teachers kelasnya...
Thank you Teacher Elly sbb whatsapp gambar2 ni semua...
Cantik baju teacher Elly merah mak ngah gitu :)

Tuesday, August 5, 2014

Deko Raya @ Tunas Kijang...

Minggu akhir sebelum cuti raya hari tu, kindergarten si Sara ada buat decoration
sempena nak sambut Hari Raya.
Ni kat level 4, TK.
Kreatif kan teachers kat TK tu?
dorang buat ruang yg ada mcm meja & kerusi...pastu ada
letak replica lemang la, nasi impit la...
guna polistrin je...mcm real je...
tu yg ibu suruh Sara & kakak bergambar kat sini sbg kenangan.
Ada pelita...ketupat 'giant'
View dari depan sket...
Kakak masa ni baru balik dari Kelas KAFA, pastu terus
ikut sekali gi amik Sara & Qamilia kat nursery.
Ni kat level 2, infant.
Pun ada raya decoration jugak.
Bertemakan upin ipin...
pelik sket sbb upin ipin nye kulit gelap la pulak haha!
Ok lastly kita letak gambar kakak Qis
sbg penutup entry....
kakak nak bergambar kat tepi ketupat yg bergantungan tu... :)

Monday, July 21, 2014

Dapat belajar berpuasa 1/2 hari aje...

Salam semua..lamanya ibu tak tolong update blog Marissa ni kan?
Ibu bizi teramat...sampaikan takde masa langsung nak citer pasal Marissa...
Entry yg lepas, pasal Marissa demam....
tapi alhamdulillah..lepas buat blood test kat Specialist
Hospital... resultnya normal dan Doktor pun bg antibiotik utk makan 5 hari, 
pastu makan ubat demam... dan terus baik...syukur sangat.

Ni pasal puasa pulak.  Walaupun lagi 5 hari je dah nak raya....
Ibu share kan kat sini utk kenangan-kenangan Marissa bila besar nanti ok.
Tu gambar atas, masa Marissa sahur.  Makan nasi putih semata-mata.  
Ibu suruh letak kuah tak nak,
letak sayur tak nak... letak kicap pun tak nak....
tak taulah adik makan kosong mcm tu rasa sedap ke tak....kalau ibu la...
sure kering tekak ibu tau... Hari pertama adik berjaya puasa sampai pukul 2 petang.
Ibu sebenarnya kesian kat adik... tak payah puasa pun tak pe sebenarnya.
Tapi adik yg beria-ia sangat nak cuba puasa.
Syabas anakku...ini mmg dah cukup bagus...sbb dah puasa separuh hari....
pelan-pelan belajar tau...
Marissa sampai bertinggung sbb penat berjalan tunggu ayah beli lauk masa ni.

Di hari pertama berpuasa...jatuh hari Sabtu 28 June 2014.  
Ayah bawak kita semua gi bazar ramadan.
Ni la sekali kita ke bazar ramadan....selebihnya kita makan kat rumah / kat luar aje.
Sesak sangat bazar ramadan tu.. tak larat nak berasak dgn org ramai.
Masa berbuka puasa kat luar ni, kita baru berpuasa pada 4 Ramadan.
Jalan punyelah jem teruk, yelah hari kerja katakan. 
Tu yg ayah ajak kita berbuka kat luar aje terus.
Berbuka puasa di luar pada 7 Ramadan.  Pun hari kerja jugak ni, petang Jumaat
tu, dari ofis ibu terus ajak ayah ke Bangi sbb nak singgah ke poslaju amik barang.
Tak sempat nak berbuka kat rumah..so, kitorang berbuka kat Restoran Di Rimba kat Bangi.
Gambar masa makan..ibu lupa nak snap la pulak...hehe :P
 Ni masa sahur dlm pkl 4.50 pagi.  Kakak tu kemain muncungkan muka dia?
ngantuk la tu...
Adik ok sket muka...tak muncung sangat...
ibu dipaksa gerak oleh Marissa utk sahur.
Ikutkan ibu tak sampai hati pun nak kacau Marissa tidur...
dan hasilnya, Marissa berjaya berpuasa utk separuh hari jugak.
Ni masa ibu mintak tolong buat popia crabstick.
Sedap tau...
ranggup dan yg paling best sbb isi ketam tu rasa manis je
bila dibalut dgn kulit popia yg digoreng ranggup....
Nanti kita buat lagi sama-sama ok!
Ni masa kita gi jenjalan weekend, tgk barang-barang utk persiapan raya...
ada ketupat utk gantung2 sbg hiasan.
Ni masa ayah bwk gi downtown Jln Reko, tgk2 baju frozen yg bersepah-sepah
 kat sana sini...
Ni pulak minggu lepas, masa kita ke AEON Wangsa Maju utk beli baju raya...
tp ibu terlupa snap masa tgh shopping tu...sowieeeeeee....
Kemain adik posing ek?...mengalahkan Barbie kat belakang tu la pulak hehehe :D

Nanti bila free ibu sambung update cerita kat sini lagi ok....

Sunday, June 15, 2014

Saya demam la...

14 June 2014 - Mlm Sabtu lepas, nampak ada tanda-tanda Sara nak kena demam...
Mulanya ayahnya yg kena demam dulu... 
selang 2 hari kemudian... Sara pulak yg demam...
jangkit dgn ayah la kot...
dah tu pulak cuaca memang panas...pastu hari Sabtu tu pulak kita
ada keluar gi Putrajaya...
mmg panas terik pun...pun punca kepada demam jgk la tu..
Esoknya tu, pagi Ahad, ayah dan ibu bawak Sara gi klinik...
cian dia... muka pun tak larat je...sampai baring kat atas riba ayah
masa nak tunggu turn doktor panggil masuk. Ibu tak sempat snap pulak masa tu.
Yg si kakak, pandai pulak dia bawak buku cerita siap2 dlm sling bag...
nak elak boring la tu...bagus..bagus!
Ok dah ada dlm bilik Doktor dah masa ni...
Doktor check suhu masa tu 38.5, pastu check tekak, ada merah sket...
batuk & selesema pulak tu...
So, Doktor bg ubat demam, batuk, selesema & antibiotik...
Lepas check Sara, giliran ayah pulak check dgn Doktor..
hari tu ayah demam... tak jumpa Doktor pun...ni baru nak 
jumpa... ayah ckp dia pening kepala masa demam hari tu...
blood pressure ada naik sket... nanti Doktor suruh dtg semula utk check 
if masih ada rasa sakit kepala lagi lepas ni...
Hari ni Isnin, 16 June, Ibu kena la amik cuti utk jaga Sara...
lagi pulak Qamilia pun badan dia dedar sikit...
2 kali jgk la bg makan ubat kat Qaymie tu...
Harap Sara dan Qaymie tak demam lama-lama ye....
Cepat-cepat tau sembuh sayang ibu ni....
cian dia....
Sara nak makan bubur nasik letak ikan bilis goreng & sosej goreng...
sbb tekak dia x selera nak makan...
Ibu ikutkan aje...asalkan dia ada selera nak makan....

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design