Jika diikutkan Ibu dah mendapat tanda seperti darah pada petang Sabtu (23 Mei 2009), tapi pada waktu tu, Ibu tak rasa sakit pun. Ibu pulak pada waktu itu sedang sibuk mengelap rak tv. Disebabkan turun tanda tu, Ibu pun terus berhenti dari buat kerja-kerja tu semua. Ibu terus berbaring aje. Dalam hati Ibu, Ibu yakin sangat yang malam nanti, Ibu mesti akan rasa sakit contraction. Pengalaman yang pernah Ibu lalui sewaktu mengandungkan Kakak Qis dulu.
Sakan kan ibu makan malam tu? heheeee..... tu sumber tenaga tu...
Malam tu dalam pukul 8.00 malam, Ibu masih boleh keluar bertiga dengan Ayah dan Kakak Qis untuk pergi makan malam kat luar. Tapi Ibu rasa macam tak selesa dan tak berapa larat sangat. Lepas makan, Ibu cepat-cepat cakap pada ayah yang Ibu nak balik berehat. Seperti yang ibu jangkakan. Tengah malam tu, sekitar pukul 3.20 pagi, Ibu dah mula merasakan sakit contraction. Tapi kali ni sakitnya tak lah sesakit masa Ibu mengandungkan kakak Qis dulu. Ibu seolah-olah dapat bertahan setiap kali contraction menyerang. Dalam masa yang sama, Ibu sibuk mengira waktu contraction yang datang setiap kali ibu terasa akan sakitnya. Setiap 5 minit, contraction datang dan pergi.
Sedar tak sedar dah pun pukul 5.00 pagi. Rasanya ibu dah tak mampu bertahan lagi. Ibu terus kejutkan ayah dari tidur. Mulanya ayah suruh tunggu dulu sehingga pukul 6.30 pagi. Tapi Ibu cakap yang Ibu risau kalau-kalau tak sempat. Lebih-lebih lagi Kakak Qis perlu dihantar ke rumah nenek, kalau betul Ibu memang dah nak bersalin dan perlu ke hospital. Ayah dan Ibu kemudiannya, tanpa berlengah terus bersiap. Mujurlah semua kelengkapan seperti beg baby dah ada dalam kereta. Kakak Qis punya beg untuk dibawa ke rumah nenek pun dah Ibu siapkan. Jadi, taklah mengambil masa yang lama. Dalam masa yang sama, Ibu dah pun hubungi nenek supaya nenek datang sekarang dan ambil Qistina.
Tau-tau aje nenek dan atuk dengan Acik Ayi dah pun sampai depan rumah kita. Masa ni ayah dan ibu dah pun bersiap sedia untuk bertolak ke hospital. Waktu tu dah pun pukul 5.49 pagi. Sampai di hospital, Ibu terus ditolak menggunakan wheel chair memandangkan Ibu dah tak berdaya lagi untuk berjalan. Ibu kemudiannya di bawa ke Labor Room. Doctor yang bertugas memang tak ada. Sebab doctor biasanya on call. Bila ada emergency barulah mereka akan dihubungi.
Sementara tu, Ibu diarahkan oleh nurse yang bertugas untuk menukar pakaian hospital. Dan kemudiannya ibu diarahkan berbaring. Sambil tu mesin CTG yang merekodkan catatan contraction ibu dan juga degupan jantung baby dipasang pada perut ibu untuk memantau keadaan degupan jantung baby. Ibu syukur sebab heart beat baby adalah dalam keadaan baik. Kemudiannya bukaan pelvic Ibu diperiksa oleh nurse dan seperti yang ibu telah jangkakan, ia telah pun mencecah ke 8 cm! Wah bayangkan seandainya ibu terus menunggu sehingga pukul 6.30 pagi baru nak pergi ke hospital, memang tak sempat la jawabnya....
Doctor kemudiannya dihubungi memandangkan keadaan Ibu pada waktu tu adalah dalam peringkat boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja. Sesekali gesaan untuk meneran datang. Waktu tu waterbag (ketuban) belum lagi dipecahkan & ianya akan dipecahkan sebaik doktor tiba disisi ibu. Ibu cuba bertahan, dan mujurlah bila gesaan untuk meneran kali yang berikutnya terasa, Doctor dah pun berada di sisi Ibu. Doctor terus menyuruh Ibu untuk meneran dengan sekuat-kuat hati, bila Ibu benar-benar terasa untuk meneran.
Syukur kerana segala-galanya telah Allah permudahkan. Ibu tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung dan juga sewaktu melahirkan. Ya Allah terima kasih hambaMu ini panjatkan pada Mu. Sesungguhnya kau telah memperkenankan doa ku agar dipermudahkan urusan bersalin sebagaimana yang ku pinta.
Anak ibu ini telah ibu dan ayah namakannya sebagai Nur Marissa Qaisara. Moga anak ibu menjadi insan yang berguna, berakhlak dan berbudi pekerti mulia, berilmu, beriman dan beramal. Segala-gala yang baik ibu doakan utk mu.
0 comments:
Post a Comment