Monday, March 30, 2009

.:: Check up @ 30 weeks ::.

28.03.09, Sabtu, 1.00 pm - Ibu gi check up kat KPJ Kajang Specialist buat kali pertamanya. Appointment dgn Dr. Rasliza, gynae yg bakal menyambut kelahiran Marissa nanti, insyallah. Doc. Ras kata, buat masa ini ibu dalam keadaan yg baik, cuma Marissa masih belum pusing ke kedudukan yg sepatutnya. Kiranya kepala Marissa masih diatas dan belum turun ke bawah (engaged) seperti yg sepatutnya. Doc. Ras bagi tempoh 6-8 minggu lagi untuk Marissa berpusing pada kedudukan yg betul. Harap-harap Marissa dengar cakap ibu ye..... mudah-mudahan ibu dapat bersalinkan Marissa dengan baik dan sempurna sebagaimana ibu melahirkan kakak Qis dulu.

Hasil pemeriksaan, berat ibu bertambah lagi 2 kilogram! Ibu dah 59 kilogram dah skrang ni. Marissa pulak dah 1.6 kg! Berat nye ibuuuu....Marissa yg masih kecik molek lagi hehehe :D cepat2 membesar ye anakku... ;)

Apa-apa pun urine ibu adalah normal, tekanan darah ibu jugak normal dan segala-galanya dalam keadaan baik. Mudah-mudahan begitu jualah hendaknya sehingga detik dan saat Marissa dilahirkan.... Insyallah...

Ibu tgh tunggu giliran nak jumpa doctor. Kakak Qis yg setia menemani ibu ada je kat sebelah ibu hehehe :D

Kakak Qis ni tak sabar2 nak tgk adik katanya :D

'Ibuuu...bila Doktor nak bukak pintu tu ibu..' sian akak Qis tunggu lama dah masa ni :D


Dan akhirnya tibalah giliran ibu....

Wednesday, March 18, 2009

.:: Persiapan menyambut kelahiran ::.

Ibu dan ayah telah mula membuat persiapan untuk menyambut kelahiran ku yang tinggal lebih kurang 75 hari lagi (sewaktu entri ini ditulis). Antara yang telah ibu dan ayah sediakan adalah seperti berikut:


Playpen from Looney Tunes

Cabinet utk menempatkan segala keperluan

beberapa helai pakaian utk kegunaan harian
beberapa helai rompers
Mattress & pillow set from Mydear
size nya muat2 la utk diletakkan di dalam playpen tu

Lain-lain keperluan seperti napkin, baby wipes wet, handkerchief, towel

Socks, kain bedung, baby's hat, barut (flip flap), mitten & booties, rubber mat.

.:: Salam pertama dariku ::.

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang budiman. Blog ini buat pertama kalinya ibu saya ilhamkan sebagai tanda kesyukuran diatas kelahiran saya yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Sewaktu entri ini ditulis, saya masih lagi berada di dalam rahim ibu saya. Jika diikutkan, ibu bakal melahirkan saya ke dunia ini pada 2 June 2009. Walaubagaimanapun Ibu dapat merasakan yang saya bakal menurut jejak langkah kakak sulung saya iaitu Nur Marsya Qistina, 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan yg telah ditetapkan oleh Doktor. Ini bermakna, saya berkemungkinan akan dilahirkan pada penghujung bulan May 2009, Insyallah.


Apa-apapun doakan agar saya dan ibu selamat serta dipermudahkan urusan oleh Allah disepanjang menempuh detik kelahiran kelak. Serba-sedikit mengenai saya akan ibu saya kongsikan disini buat sesiapa yg sudi membacanya. Setelah kakak sulung saya Nur Marsya Qistina yang kini telah pun berusia 3 tahun 7 bulan, ibu telah mendapat khabar gembira bahawa ibu sedang mengandungkan saya yang pada ketika itu berusia 4 minggu. Tarikh sewaktu khabar gembira ini ibu ketahui adalah pada 25 September 2008 dimana tarikh tersebut merupakan bulan Ramadhan yang mulia. Kata ibu dan ayah, inilah dia rezeki Ramadhan untuk mereka. Ibu mengetahuinya dengan melakukan sendiri 'test kit' di rumah.


Test kit yg dilakukan oleh ibu membawa khabar gembira apabila dengan sekali ujian, ibu telah disahkan positif mengandungkan diri ku ini.

Ibu sewaktu melakukan pemeriksaan pada usia kandungan mencecah 8 minggu

scan image sewaktu aku berusia 8 minggu. Image agak kabur
Gambar atas : Ibu sewaktu menjalani pemeriksaan ketika kandungan ibu berusia 12 minggu. Gambar bawah pula adalah scan image sewaktu kandungan berusia 12 minggu

Scan image sewaktu usia kandungan ibu melewati usia 17 minggu.

Ibu saya yg sedang membuat pemeriksaan bulanan bersama Doktor

Ibu sedang menimbang berat badan yg semakin hari semakin bertambah :)

Doctor sedang melakukan scan ke atas perut ibu.... hehe :D saya la tu kat dalam peyut ibu :D
 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design