Monday, July 21, 2014

Dapat belajar berpuasa 1/2 hari aje...

Salam semua..lamanya ibu tak tolong update blog Marissa ni kan?
Ibu bizi teramat...sampaikan takde masa langsung nak citer pasal Marissa...
Entry yg lepas, pasal Marissa demam....
tapi alhamdulillah..lepas buat blood test kat Specialist
Hospital... resultnya normal dan Doktor pun bg antibiotik utk makan 5 hari, 
pastu makan ubat demam... dan terus baik...syukur sangat.

Ni pasal puasa pulak.  Walaupun lagi 5 hari je dah nak raya....
Ibu share kan kat sini utk kenangan-kenangan Marissa bila besar nanti ok.
Tu gambar atas, masa Marissa sahur.  Makan nasi putih semata-mata.  
Ibu suruh letak kuah tak nak,
letak sayur tak nak... letak kicap pun tak nak....
tak taulah adik makan kosong mcm tu rasa sedap ke tak....kalau ibu la...
sure kering tekak ibu tau... Hari pertama adik berjaya puasa sampai pukul 2 petang.
Ibu sebenarnya kesian kat adik... tak payah puasa pun tak pe sebenarnya.
Tapi adik yg beria-ia sangat nak cuba puasa.
Syabas anakku...ini mmg dah cukup bagus...sbb dah puasa separuh hari....
pelan-pelan belajar tau...
Marissa sampai bertinggung sbb penat berjalan tunggu ayah beli lauk masa ni.

Di hari pertama berpuasa...jatuh hari Sabtu 28 June 2014.  
Ayah bawak kita semua gi bazar ramadan.
Ni la sekali kita ke bazar ramadan....selebihnya kita makan kat rumah / kat luar aje.
Sesak sangat bazar ramadan tu.. tak larat nak berasak dgn org ramai.
Masa berbuka puasa kat luar ni, kita baru berpuasa pada 4 Ramadan.
Jalan punyelah jem teruk, yelah hari kerja katakan. 
Tu yg ayah ajak kita berbuka kat luar aje terus.
Berbuka puasa di luar pada 7 Ramadan.  Pun hari kerja jugak ni, petang Jumaat
tu, dari ofis ibu terus ajak ayah ke Bangi sbb nak singgah ke poslaju amik barang.
Tak sempat nak berbuka kat rumah..so, kitorang berbuka kat Restoran Di Rimba kat Bangi.
Gambar masa makan..ibu lupa nak snap la pulak...hehe :P
 Ni masa sahur dlm pkl 4.50 pagi.  Kakak tu kemain muncungkan muka dia?
ngantuk la tu...
Adik ok sket muka...tak muncung sangat...
ibu dipaksa gerak oleh Marissa utk sahur.
Ikutkan ibu tak sampai hati pun nak kacau Marissa tidur...
dan hasilnya, Marissa berjaya berpuasa utk separuh hari jugak.
Ni masa ibu mintak tolong buat popia crabstick.
Sedap tau...
ranggup dan yg paling best sbb isi ketam tu rasa manis je
bila dibalut dgn kulit popia yg digoreng ranggup....
Nanti kita buat lagi sama-sama ok!
Ni masa kita gi jenjalan weekend, tgk barang-barang utk persiapan raya...
ada ketupat utk gantung2 sbg hiasan.
Ni masa ayah bwk gi downtown Jln Reko, tgk2 baju frozen yg bersepah-sepah
 kat sana sini...
Ni pulak minggu lepas, masa kita ke AEON Wangsa Maju utk beli baju raya...
tp ibu terlupa snap masa tgh shopping tu...sowieeeeeee....
Kemain adik posing ek?...mengalahkan Barbie kat belakang tu la pulak hehehe :D

Nanti bila free ibu sambung update cerita kat sini lagi ok....

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design