Tuesday, July 27, 2010

++ Nur Marissa Qaisara @ 1 year 2 months ++


Jap jelah sebulan demi sebulan berlalu... dari budak kecik sorang ni sebesar 2 jari tapak kakinya... hinggalah sekarang... dah 1 tahun 2 bulan dah umur dia dan semakin membesar bagai johan.  Dalam erti kata lain 'membesar bagai johan' tu, idak la kuss semangat pun saiz badannya... kecik molek je.. cuma tulah.. kecik bukan sebarang kecik...tapi pantang lepas, menyelinap ke segenap ruang... tak reti takut langsung....

adrenalin mak dia jelah yg asyik tak tenteram di buatnye.... ekekekke :D mak dia mmg terlebih panik... sikit2 nak menjerit... sikit2 nak pekik hehehehe :D tapi si kenit tu... apa ada hal... dia menyengih je bila kita terjerit2 'eh... adik jangaaaaaaaan! nanti jatuh!', 'adikkkkk... baik2 berlari tu kang terlentanggggggggg!'

camtu lah lebih kurang, dialog yg selalu berkumandang kat dlm rumah tu ehehehehe :D jiran sebelah sure dah masak sgt dah dialog2 tu semua ehehehehe :D 

Setakat ni nampaknye si bobot ni dah paham la bahasa yg kita cuba cakap dgn dia.  Kalau kita tanya, 'adik sedap tak biskut tu?' kemain la dia mengangguk2 kan kepala tanda sedap la tu.... kalau geleng2 plak confirm la tak sedap hehehe :D

Kalau suruh cium, nanti ada la bunyik 'mmmmmmmmmmmm...' sambil mulut cenonet tu melekap berlemuih dgn air liur kat muka kita. Bila suruh peluk ibu... or peluk ayah.. nanti dia terus peluk cam koala bear bergayut kat pokok..... eiii sejuk perut ibu mengandungkan kau nak hehe :D

Kalau cakap pasal makanan, semua benda dia nak makan, aku dah penah bagi nasi goreng pun ahahaha :D  Tapi kena make sure nasik goreng tu tak pedas la ye...kang tak pasal2 la pulak sakit perut.  Pendek kata semua benda la selagi yg dia boleh kunyah... mmg aku bagi je.  Padahal gigi baru 6 batang je tu. (4 bijik atas, 2 bijik bawah).  Maybe gusi dia dah keras, tinggal tunggu masa je nak keluar gigi kot.

Skrang ni.. perangai baru... akan menjerit n menangis sekuat hati, kalau kelibat ibu hilang dari pandangan.  Ni kalau ibu ada kat rumah la ye. Kalau kat nursery dia pandai bawak diri lak.  Tak pernah nangis pun.  Adoi la budak ni... saper la ngajor nye pun....


Satu lagi kan... Qaisara ni masih menyusu badan.  Kiranya kalau nampak je batang idung ibu dia nih, jangan harap la dia nak minum guna botol susu.  Memang dia campak je botol tu.  Tapi ibu tak kisah bab nak menyusu badan ni.. cuma ibu fenin kepala caner la nak buat bila dak kecik sorang ni suka gigit ibu punya 'tek' ni haaaaaaaaa... aduhaiiii peritnyaaaaaaaaaaa... adik naper dera ibu camni dikkkkkkk....

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design