Sunday, March 17, 2013

Si Dobot yang berselera makan...

Sejak nak masuk umur 4 tahun ni... selera makan Qaisara nampaknya semakin bertambah...
Kalau dulu, kicap pun dia tak boleh terima....kan kicap tu kaler hitam...dia dah start buat muka pelik.. & mmg tak nak lah dia jamah terus nasik tu....
kalau kuah berkaler merah dia kata pedas (walaupun tak pedas) mmg la tak nak jugak...
adoi payah!
lagi rela makan nasik putih kosong dgn lauk aje...
Tapi favourite nya kuah sup ayam ke, sup ikan ke, sup sayur ke...
asal sup je licin lah pinggan.
Sekarang, dah tak sesusah dulu...
Bawang yang dulu dia tak suka pun, dia siap boleh request kat kakak dia gini, 
'kakak kalau tak nak bawang, bagi adik tau...' 
hamboihhh! kalau dulu jangankan nak
makan bawang, baru nampak dlm pinggan je, 
dah cepat-cepat dia letak kat dlm pinggan 
ibu atau ayah...kemain ye! ekekek :D
tapi itu satu perubahan yang baik la kan....
at least dia dah mencuba benda baru...
kuah kari, pastu kalau ada masakan bersambal sket, dia dah boleh
makan la...dgn syarat, kita kena beria-ia la cakap kat dia, 'yg ni
tak pedas, manis je rasanya'...barulah dia nak cuba....
Ayam goreng drumstick tu....mmg dia punyelah favourite lah tu!....
cara nak mintak senang je ayat dia, 'ibu adik nak ayam goreng upin ipin tau!'
pengaruh katun sangat haha :D
Ni masa baru lepas mandi petang....dah mintak nasik...
so, bagi dia makan awal dulu...
mmg seronok tgk dia makan...3 pinggan okay mintak tambah!
Lagi satu perangai, kalau tak dapat susu sebotol...
siaplah dia punye mengamuk....
kebetulan hari Sabtu hari tu, ibu dah siap bancuh susu, nak bawak masuk kereta, 
sebab kitorang semua nak keluar hari tu....
ntah macamana, botol susu tu tertinggal pulak atas meja kat rumah...
bila dalam kereta dia teringat botol dia...
carik punya carik..takde...bermakna dah tertinggal kat rumah...
apa lagi..melalak la satu keta....dgn sekuat-kuatnyaaaaaaaa.....
grr...pujuk punya pujuk tak jalan...
dia nangis tak berhenti2...
bila sampai je shopping mall, ayahnya pujuk siap dukung bagai....baru dia cool down sket....
lepas tu mata bengkak-bengkak baru lepas nangis,
ibu umpan la dgn toys ni...
barulah nak ceria balik...
sabor jelah adik ni...umur nak masuk 4 tahun dah sayang oiii..
bila nak berenti botolnya ntah....
Set ni lah yg dia pilih sendiri....
beli kat Parkson...
rasanya dah byk kali dah beli ni...
lantak..layan kan jelah....asal dia senyap sudah! :)

Saturday, March 9, 2013

Parents & Teacher Meeting 2013

Khamis lepas, ibu ke sekolah Marissa utk 'Parents & Teacher Meeting'. 
 Kiranya ni utk update progress
 Marissa kat Toddler class utk awal tahun 2013.
Ada 2 orang teacher yg jumpa ibu hari tu dan ceritakan tentang perkembangan Marissa sepanjang kat Toddler Class.
Kata Teacher Isz tu, Marissa pandai menyesuaikan diri dgn kawan-kawan sekelas.  Kiranya takde lah berlaku, gaduh-gaduh antara kawan dia ke apa, atau berebut toys ke, sebab masing-masing dah pandai berkawan. Marissa jugak seronok buat activity yg Teacher bagi, cth: mewarna, mengira, menyanyi dan macam-macam lagi...

Alphabet & numbers pun dia dah kenal...
Warna pun dia dah kenal jugak...dan bila buat activity mewarna, dia dah pandai mewarna dengan kemas & tak keluar garisan.
Untuk menulis, dia dah boleh jugak cuma kekemasan tulisan masih dlm peringkat pembelajaran, sebab at this age, kata Teacher nya, kanak-kanak mmg belum betul2 dpt menulis dgn baik.
Activity yg paling dia minat ialah activity kat gym... patutlah kat rumah dia selalu panjat-panjat (rupanya dia praktikkan apa dia belajar kat gym tu, bila kat rumah).  Haa..bab ni mmg ibu mention dgn Teacher Isz supaya
nasihatkan Marissa.  Sebab risau keselamatan dia kalau dia asyik panjat-panjat (grill atau kerusi sofa, kerusi kat dining hall) takut nanti dia terjatuh.
Kalau kat gym tu takpelah kan...mmg ada peralatan yg sesuai dan selamat, 
selain di jaga oleh Teacher yg terlatih.  Ibu faham, adik mestilah suka panjat-panjat ni semua kan... sbb ada 'rock climbing' lagi kat school adik kan?
So, kena extra careful ok?!

Kemudiannya Teacher Isz & Teacher Dee bagitau ibu yg Marissa suka kelas Agama juga.  Dari situ dia dah mula pandai hafal nama-nama Nabi, sebab Ustaz ajar dgn cara memasang lagu nasyid.  Jadi, budak-budak senang menghafal nama-nama Nabi.

Apa pun, setakat ni, ibu berpuas hati dengan progress Marissa bila kat Tunas Kijang tu...
Asalkan Marissa happy dgn suasana pembelajaran kat sana... tu lebih penting...
 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design