Tuesday, April 13, 2010

++ Sembelit ++


Semalam pukul 9 pm camtu, Qaisara nangis-nangis... agak luar biasa daripada selalu cara dia menangis tu. Ikutkan Qaisara ni jenis baby yg tak byk ragam, tak byk kerenah & sangat senang utk dijaga. Sebenarnya dia kena sembelit. Dulu kena pastu ok...now kena balik...adoiyaiiii... nak kata tak bagi buah-buahan.. prune, betik, pisang semua ibu dah bagi. Tapi apesal la jenuh bebenor la nak lawas.

Klinik dah byk kali gak bawak. Tapi tulah, balik2 dapat ubat yg jenis berminyak tu suruh campur dgn susu takpun vitamin usus. Hari-hari jugak ibu bekalkan ubat-ubatan tu semua ke nursery lengkap dgn pesanan penaja ibu lagi kat budak pengasuh nursery tu. Dorang bagi ke tak ni? adoii..kalau x bagi padanlah dia tak berapa nak berkesan.

So, malam tadi again ayah, ibu & akak Qis sekali gi klinik bawak Qaisara. Mujur doktor S ada. Berkerut gak muka Dr. S berfikir apa cara lagilah nak bg ubat tu. Kata Dr tu, setakat yg ada kat klinik tu hanyalah ubat yg jenis minyak dan vitamin usus tu lah utk mencernakan penghadaman makanan di dalam perut. Tapi nasib baik ada alternatif lain, Dr bagi ubat 'insert' kat montot yg ala2 ubat demam tu. Nama ubat tu 'Guarchi' ke apa ntah. Tak tau nak spell camne. Itupun dia suruh belah 2, masuk half la kiranya. 1 belah pagi & satu lagi belah petang. After 4-5 hrs kata Dr tu, dia akan mempermudahkan najis dikeluarkan. Pastu Dr S suggest suruh beli syrup lactulose kat pharmacy.

Betul la kata Dr tu, tgh malam tadi, Qaisara berjaya 'membuang' bahan buangannya. Kesian kat dia, tapi takpelah la kan daripada 'still outstanding' kat dalam perut. Lagilah jenuh. Any solutions to this problem? Sila lah kongsikan bersama.


* Footnote: bila baby semakin membesar dan makan mcm2 benda pepejal, mcm nilah jadiknye.
 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design