Sunday, May 31, 2009

.:: Kelahiran Yang Dinanti ::.


Syukur ke hadrat Illahi kerana Ibu telah pun selamat melahirkan permata hati ibu yang amat ibu tunggu-tunggu akan kelahirannya selama 9 bulan. Ibu telah melahirkan anak ibu 9 hari awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 24 Mei 2009 bersamaan dengan hari Ahad, tepat pukul 6.58 pagi. Anak ibu dilahirkan secara normal dengan seberat 3.01kg di Hospital KPJ Kajang Specialist.

Jika diikutkan Ibu dah mendapat tanda seperti darah pada petang Sabtu (23 Mei 2009), tapi pada waktu tu, Ibu tak rasa sakit pun. Ibu pulak pada waktu itu sedang sibuk mengelap rak tv. Disebabkan turun tanda tu, Ibu pun terus berhenti dari buat kerja-kerja tu semua. Ibu terus berbaring aje. Dalam hati Ibu, Ibu yakin sangat yang malam nanti, Ibu mesti akan rasa sakit contraction. Pengalaman yang pernah Ibu lalui sewaktu mengandungkan Kakak Qis dulu.

Sakan kan ibu makan malam tu? heheeee..... tu sumber tenaga tu...

Perut ibu yg tunggu masa je nak meletup. Tgk la muka ibu tu...mcm takde mood je kan? Ha'ah mmg pun...ibu dah tak larat sangat dah ni...rasa nak balik & baring je kat rumah...

Malam tu dalam pukul 8.00 malam, Ibu masih boleh keluar bertiga dengan Ayah dan Kakak Qis untuk pergi makan malam kat luar. Tapi Ibu rasa macam tak selesa dan tak berapa larat sangat. Lepas makan, Ibu cepat-cepat cakap pada ayah yang Ibu nak balik berehat. Seperti yang ibu jangkakan. Tengah malam tu, sekitar pukul 3.20 pagi, Ibu dah mula merasakan sakit contraction. Tapi kali ni sakitnya tak lah sesakit masa Ibu mengandungkan kakak Qis dulu. Ibu seolah-olah dapat bertahan setiap kali contraction menyerang. Dalam masa yang sama, Ibu sibuk mengira waktu contraction yang datang setiap kali ibu terasa akan sakitnya. Setiap 5 minit, contraction datang dan pergi.

Sedar tak sedar dah pun pukul 5.00 pagi. Rasanya ibu dah tak mampu bertahan lagi. Ibu terus kejutkan ayah dari tidur. Mulanya ayah suruh tunggu dulu sehingga pukul 6.30 pagi. Tapi Ibu cakap yang Ibu risau kalau-kalau tak sempat. Lebih-lebih lagi Kakak Qis perlu dihantar ke rumah nenek, kalau betul Ibu memang dah nak bersalin dan perlu ke hospital. Ayah dan Ibu kemudiannya, tanpa berlengah terus bersiap. Mujurlah semua kelengkapan seperti beg baby dah ada dalam kereta. Kakak Qis punya beg untuk dibawa ke rumah nenek pun dah Ibu siapkan. Jadi, taklah mengambil masa yang lama. Dalam masa yang sama, Ibu dah pun hubungi nenek supaya nenek datang sekarang dan ambil Qistina.

Tau-tau aje nenek dan atuk dengan Acik Ayi dah pun sampai depan rumah kita. Masa ni ayah dan ibu dah pun bersiap sedia untuk bertolak ke hospital. Waktu tu dah pun pukul 5.49 pagi. Sampai di hospital, Ibu terus ditolak menggunakan wheel chair memandangkan Ibu dah tak berdaya lagi untuk berjalan. Ibu kemudiannya di bawa ke Labor Room. Doctor yang bertugas memang tak ada. Sebab doctor biasanya on call. Bila ada emergency barulah mereka akan dihubungi.

CTG machine yg merekodkan catatan contraction ibu dan heartbeat baby pada ketika itu....

Sementara tu, Ibu diarahkan oleh nurse yang bertugas untuk menukar pakaian hospital. Dan kemudiannya ibu diarahkan berbaring. Sambil tu mesin CTG yang merekodkan catatan contraction ibu dan juga degupan jantung baby dipasang pada perut ibu untuk memantau keadaan degupan jantung baby. Ibu syukur sebab heart beat baby adalah dalam keadaan baik. Kemudiannya bukaan pelvic Ibu diperiksa oleh nurse dan seperti yang ibu telah jangkakan, ia telah pun mencecah ke 8 cm! Wah bayangkan seandainya ibu terus menunggu sehingga pukul 6.30 pagi baru nak pergi ke hospital, memang tak sempat la jawabnya....

Doctor kemudiannya dihubungi memandangkan keadaan Ibu pada waktu tu adalah dalam peringkat boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja. Sesekali gesaan untuk meneran datang. Waktu tu waterbag (ketuban) belum lagi dipecahkan & ianya akan dipecahkan sebaik doktor tiba disisi ibu. Ibu cuba bertahan, dan mujurlah bila gesaan untuk meneran kali yang berikutnya terasa, Doctor dah pun berada di sisi Ibu. Doctor terus menyuruh Ibu untuk meneran dengan sekuat-kuat hati, bila Ibu benar-benar terasa untuk meneran.

Dan akhirnya setelah 3 kali teran, maka lahirlah permata hati Ibu yang selama ini amat ibu nantikan. Telah 9 bulan perut ini ibu kendung ke sana kemari, akhirnya lahirlah sudah permata hati ibu yang menjadi igauan Ibu dan ayah.

Syukur kerana segala-galanya telah Allah permudahkan. Ibu tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung dan juga sewaktu melahirkan. Ya Allah terima kasih hambaMu ini panjatkan pada Mu. Sesungguhnya kau telah memperkenankan doa ku agar dipermudahkan urusan bersalin sebagaimana yang ku pinta.

Anak ibu ini telah ibu dan ayah namakannya sebagai Nur Marissa Qaisara. Moga anak ibu menjadi insan yang berguna, berakhlak dan berbudi pekerti mulia, berilmu, beriman dan beramal. Segala-gala yang baik ibu doakan utk mu.

.:: Check up @ 37 weeks ::.

16 May 2009, Sabtu - Seperti biasa ibu gi check up ditemani ayah dekat KPJ Kajang hospital. Kali ni cepat betul prosesnya. Masa sampai KPJ, ayah turunkan ibu dulu, sementara ayah gi carik parking. Elok je ibu naik atas tingkat 1, Ibu terus register dan timbang berat. Berat Ibu naik lagi, kali ni dah 63kg. Lepas tu terus gi amik urine.
Duduk tak sampai 10 minit, nama ibu terus dipanggil. Masa tu, ayah pun belum naik atas lagi. Nak tak nak, ibu terus je masuk dalam bilik Doctor. Mujurlah masa doctor baru nak check, ayah call handphone ibu. Ibu suruh je ayah terus masuk dalam. Nasib baik sempat hehehe :D kalau tak... sian ayah duk luar sorang-sorang...
Baby dah seberat 2.9kg. Semua pun dalam keadaan normal. Doctor cakap kepala baby dah turun bawah dah pun. Kalau Ibu dah start turun tanda atau rasa sakit, doctor terus suruh ibu gi hospital je. Apa-apa pun next check up ibu ialah pada 29 May 2009.

Thursday, May 14, 2009

.:: Ibu @ 34 weeks ::.


25 April 2009, Sabtu - Ayah temankan Ibu gi check up kat Hospital. Kakak Qis tak ikut pun, Ibu tinggalkan Kakak Qis dengan nenek. Bukannya ibu tak nak bawak, tapi Ibu kesian pada Kakak Qis yang lama sangat kena tunggu. Mesti dia gelisah nanti kan. So, lagi selesa kalau duduk dengan nenek aje kat rumah.

Ibu sampai kat hospital lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kali ni punya check up sebelah pagi. Last 2 weeks punya check up sebelah petang. Ibu rasa ibu lagi suka kalau check up nya sebelah pagi, sebab cepat sikit settled. Itupun giliran ibu lama jugak nak tunggu. Kebetulan pulak Doctor Ras ada emergency kes kat labor room, so, terpaksa la kami yg tengah menunggu giliran ni tunggu sampai dia selesai dengan tugasnya. Nasib la ibu ada bawak magazine. Dapat jugak ibu baca sambil hilangkan rasa boring....

Seperti biasa, lepas register kat kaunter, Ibu kena timbang berat dulu. Kali ni berat ibu dah cecah 61.2kg. Pastu ibu disuruh buat urine test. Lepas siap semua tu, duduklah ibu dengan ayah menunggu turn ibu utk dipanggil.


Lepas doctor check blood pressure ibu,tibalah masa utk scan baby pulak. Oh ye sebelum tu, lupa lak ibu nak update, alhamdulillah blood pressure ibu semua pun normal. Bacaan BP ibu masa tu 120/170. Kata Doctor Ras, baby dah cecah 2.4 kg. Ewah..membesar dah anak ibu rupanya.... :) cepat2 besar lagi ye sayang....
Masa ni ayah sempat snap gambar ibu, sementara tunggu Doctor Ras datang.

Tak lama lepas tu, Doctor Ras pun datang nak scan perut ibu. Punyalah seriyes ibu dgr explanation dari Doctor Ras tu heheheh :D mesti arr kan...pasai anak ibu dok ada kat dalam perut tu....

Sib baik lah canggih sepital ni...takyah ibu terteleng2 kepala nak jeling kat monitor sebelah kanan ibu tu... jenguk je la kat atas tu...ala2 nengok tv gitu...heheh :D

Lepas settled check up & amik asid folic ngan obimin kat pharmacy, next check up ibu adalah pada 16/5/09 nanti. Sebelum balik, ibu ajak ayah gi ronda-ronda kat tingkat 3 hospital. Kengkonon nak tengoklah suasana kat wad bersalin. Nak jugak jenguk2 keadaan bilik kat hospital tu kan. Tapi semua nye penuh, except single suite ni... mmg cun... selesa tu dah tentu la kan.... tak taulah ada ke rezeki ibu nak menginap kat situ heheh :D

Okaylah.... nampaknye sampai sini dulu coretan ibu utk kali ini. Nanti ibu update lagi kat entry yang akan datang ok ;)

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design