Wednesday, October 31, 2012

Parents-Teacher Meeting, Term 2

29 Oktober 2012, Isnin - Ke sekolah Marissa untuk sesi 'Parents-Teacher Meeting, Term 2'.  Saje pilih utk jumpa class teacher nya awal-awal supaya tak perlu pening-pening kepala dikemudian hari.  Lagi cepat settle, lagi bagus!  
Sesi yang Ayah & Ibu pilih adalah pukul 12.30 tgh - 1.00 ptg.  Sekejap je, 1/2 jam utk setiap parents bertemu dan berbincang dgn Teachers dari kelas anak masing-masing.
Sempat lagi ibu snap gambar kat entrance Kindy Tunas Kijang, masa on the way
nak entering the building...
Then, Ayah & Ibu proceed to level 3 untuk ke Multi purpose hall. 
Lif bercermin kan...sempat la Ibu snap diri sendiri kat situ heheheh :D
kasik chance la sikit....opppsss!! ayah nampak kaki je....
Sampai kat Level 3, mcm nilah suasana kat luar MPH tu....
So, lepas sign kat file yg ada nama 'Marissa'.. Ayah & Ibu pun duduk sekejap sementara tunggu giliran kami dipanggil.
Bila dah dipanggil, berjumpa lah kami dgn Teacher class Marissa kat dlm Dewan.
Teacher nya bukan yg baju pink tu...Foto kat dalam Hall takde, begitu jugak dgn session masa tgh discuss with the teachers...
sbb Ibu jadi segan nak snap....
risau pulak takut byk mata yg memandang....
So, masa sesi berbincang tentang progress terkini Marissa, sempat la Ibu snap dari dlm personal file Marissa yg Teacher dia tunjukkan.
Gelihati tgk gelagat Marissa masa tgh buat activities kat dalam classroom.
Nampak bersungguh sgt si kenit ni sampai terjelir lidah akakakak ;D
Yang part bercucuk tanam ni pulak, Teacher Saiful cakap...Marissa seronok sangat
dpt jadi org pertama yang cangkulkan tanah ke dalam pasu tu hahaha :D
kenit ni mmg tak boleh membelakangkan dia...semua pun dia nak dulu...
nak jadi org pertama dikalangan kawan-kawan dia gitu....
Kat rumah pun mcm tu...tak boleh la kakak dia dulu...mesti kena utama kan dia....
adoilah perangaiiiii!
Ni main stamping-stamping daun yg berwarna....dgn mengunakan 3 basic colour, Blue, Red & Yellow.
Dia sangat excited bila buat activity ni kata Teacher nye....
Ni pulak utk Math Subject.  Sambungkan 'dot to dot' counting from 1-10. This part pun, Teacher nye cakap, Marissa dah pandai kira from 1-10 & dia dah recognized figures la kiranya...
Menulis huruf pun semakin baik...
ok la kan utk age 3 tahun.
yg lain-lain yg kami bincangkan, memang tak sempat nak snap....sebab teacher dia tunjuk sekali lalu...

Setakat ni...Ayah dan ibu puas hati dgn pencapaian Marissa....
harap dia akan banyak belajar benda-benda baru.
Memang sejak hantar dia ke nursery, dia dah semakin pandai communicate simple english, can understand instructions in english, can answered in english when the teacher asked her on something....
Bukankah ini satu perkembangan yg baik utk dirinya?....
Syukur Alhamdulillah....

Wednesday, October 24, 2012

Tetap ke sekolah walau esok raya haji!

Hari ni Khamis, adik tetap gi ke sekolah mcm biasa.  Ibu & ayah pun sama, tak ambik cuti pun, yelah sbb tak balik kampung kan....raya kat sini je.
Cuma kakak je sekarang ni ada kat rumah atuk & nenek.  Sebab sekolah kakak tutup hari ni.
Cuti sempena esok kan nak raya haji (Aidiladha)
Kebetulan atuk & nenek cuti, dpt la ibu tumpangkan kakak kat sana.
Kakak mestilah suka kan? Hurmm...jeles nye adikkkkk ;(
Pagi ni Teacher suruh semua pakai baju kurung / baju melayu siap-siap dari rumah.
Sebab kat sekolah adik ada session on 'Knowledge & Understanding of the World - festival'
Teacher kata, ada tayangan video kat multipurpose hall tingkat 4.
Tu yg adik excited tu...dlm kereta, sanggup x nak tido hehe :P
tapi akhirnya terlentuk jugak terlena kat bahu ibu.....
ni masa on the way nak pegi school...
Tu the boys pun sama, dah pakai baju melayu siap-siap dari rumah masing-masing....
comel je kan dorang? Ada yg dtg siap bersampin dan songkok tu...
adik je pakai baju raya tahun lepas, sbb baju raya tahun ni, dah pakai masa
jamuan raya kat school adik bulan 9 hari tu.
Ni ayah snap masa adik nak say bye-bye kat ibu & ayah dari luar classroom adik....
sempat pulak ayah amik gambar adik masa ni...
alohloh shian dia kena tinggal...----> ibu cakap

jgn nakal-nakal k! Nanti petang kita jumpa! muahssssssss!!

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design