Sunday, February 16, 2014

CNY Celebration @ TK

13 Feb 2014 ~ Khamis lepas, ada sambutan Chinese New Year kat kindy Qaisara.
Parents dialu-alukan sekiranya nak pakaikan costume yg bertepatan dgn tema utk
anak-anak memasing.
Kalau takde, boleh je pakai baju kaler merah.  Ibu pun pada mulanya, rasa mcm
malas nak beli baru utk Sara.  Sebab ingatkan nak gunakan semula yg tahun lepas punye.
Sekali senteng la pulak..baju senteng, seluar apatah lagi...

Kebetulan lunch hour hari Rabu, ibu sempat keluar kejap, jenguk kat Kamdar.
Rezeki Sara la tu... sbb tgh ada discount utk cheongsam sampai 20%. So, cheongsam
yg Sara pakai ni..baru berharga RM16.90.
Murah le tu!..so, boleh la belikan sehelai utk dia...
Anak cina mana tersesat nih...hahah :P
Gong xi Fa Chai!!
mata dahlah sepet...
dah mcm anak cina betul dah...
Suasana kat classroom pagi tu....
semua pun ikut tema...sana-sini kaler merah...
 Ni Qaisara dgn Aina... Aina kiranya bukan sekelas dgn Sara, dan bukan sebaya.
Aina 6 thn. Qaisara pulak 5 thn.  Pagi2 mmg kids semuanya dikumpulkan dlm satu
classroom, senang teacher nak handle yg baru sampai ke kindy. Pukul 8 am, baru
masing-masing masuk ke kelas sendiri.
alamak...malu2 la pulak yg lain-lain tu..jenuh ibu panggil..
yg pandang camera..ada la sorang je...huhu :)

Ok... my dear princess...belajar rajin-rajin kat kindy tau!

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design