Monday, May 24, 2010

++ I'm 1 ! ++


Hari ni, 24 May 2010 umur saya dah pun genap setahun. Tima kasih ibu sebab lahirkan saya ke mukabumi ini. Terima kasih ayah kerana membawa saya melihat alam ciptaan Tuhan yg maha indah ini... saya sayang keluarga saya :) Saya sayang kakak saya, atuk, nenek, pak ngah, acik Ayi, mak su Nana dan semua ahli keluarga saya.

Sesungguhnya hari ini adalah hari yg sangat bermakna buat saya selama-lamanya :)

Wednesday, May 12, 2010

++ sweet dream honey ++

Rutin tetiap pagi camnilah... masih tidur nyenyak walaupun dah bawak masuk dalam kereta. Kira tidur tak terjejas la... elok je dia sambung tidur pastu ibu nenen kan kejap, then sambung tidur semula. Hinggalah sampai ke nursery. Sometimes ada jugak Qaisara terjaga & main2 dulu pastu dia dah start mengantuk balik...
Ibu prefer adik tidur masa ibu hantar ke nursery, sbb ibu tak sanggup tengok adik ditinggalkan lagi2 bila adik tgh jaga. Kalau tidur, at least, adik tak la menangis kan dik kan... :)
Duduk elok2 kat nursery ye.... jaga diri baik2... ibu work ok :)

Monday, May 3, 2010

++ Marissa @ 11 months ++


I'm sorry dear honey bunny... ibu lambat update plak kali... byk sgt story mory the morning glory yg nak di bebelkan kat blog ibu di sana nun... hinggakan update pasal anak ibu yg dah 11 months ni berlalu lama dah. Dahla bulan ni nak setahun dah umur dia.... alohlohloh shiannnnnnnn....ok takpe... ibu update jugak k... ;)

ibu dpt snap belah atas je...yg bawah...seksa nak snap...

Si manja busyuk asham ni... dah ada gigi 6 batang... 4 btg belah atas, 2 batang belah bawah. Punyelah lama ibu tunggu, at last keluar gak... sekali kuar terus 6 btg hehehe :D keja nak mengigit org jelah yek sekarang nih.

Tak sangka budak nak setahun ni dah pandai express emosi. Cthnya, dia tau dia kena marah...pastu dia akan tarik rambut dia sendiri or tampar pipi dia sendiri tanda dia merajuk huhuhu :D

Pandai nak berebut toys ngan kakak dah skrang. Sib baik kakak jenis tak kisah, main bagi je apa adik dia nakkk... bertuah tul Qaisara nih...

Sgt manja dgn ayah.... tgh malam, ayah ckp, Qaisara panjat dia & tidur atas badan.. amboiiiiiiii...kemain! caner ibu leh tak sedar ni dik?!

Boleh berdiri sambil lepaskan tangan... cuma bila nak melangkah kaki, confirm terduduk semula... dia laju berjalan bila ada tmpt utk dia berpaut... mcm kat sofa ke meja ke... Kalau merangkak tak yah ckp la... ligat je.... sedar2 je kang dia dah menyelinap ke tempat lain...

Nak sembang..tapi ckp tak reti... at last dia panggil kita, 'ehh..ehh..!' tak pun, dia sebut 'tuuuuuuuuuuuuuu', kadang tu terdengar dia sebut 'mamam... mamam' tu maknanya nak makan la tu....kadang tu terdengar sayup2 je dia sebut 'ayah' bila suruh repeat balik...terus x nak ckp dah.... mcm tu jgk kalau dia sebut 'ibu'...sesekali je terkeluar dr mulut dia.... bila adik leh berckp betul2 ni dik? ehehehe :D

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design