Saturday, March 9, 2013

Parents & Teacher Meeting 2013

Khamis lepas, ibu ke sekolah Marissa utk 'Parents & Teacher Meeting'. 
 Kiranya ni utk update progress
 Marissa kat Toddler class utk awal tahun 2013.
Ada 2 orang teacher yg jumpa ibu hari tu dan ceritakan tentang perkembangan Marissa sepanjang kat Toddler Class.
Kata Teacher Isz tu, Marissa pandai menyesuaikan diri dgn kawan-kawan sekelas.  Kiranya takde lah berlaku, gaduh-gaduh antara kawan dia ke apa, atau berebut toys ke, sebab masing-masing dah pandai berkawan. Marissa jugak seronok buat activity yg Teacher bagi, cth: mewarna, mengira, menyanyi dan macam-macam lagi...

Alphabet & numbers pun dia dah kenal...
Warna pun dia dah kenal jugak...dan bila buat activity mewarna, dia dah pandai mewarna dengan kemas & tak keluar garisan.
Untuk menulis, dia dah boleh jugak cuma kekemasan tulisan masih dlm peringkat pembelajaran, sebab at this age, kata Teacher nya, kanak-kanak mmg belum betul2 dpt menulis dgn baik.
Activity yg paling dia minat ialah activity kat gym... patutlah kat rumah dia selalu panjat-panjat (rupanya dia praktikkan apa dia belajar kat gym tu, bila kat rumah).  Haa..bab ni mmg ibu mention dgn Teacher Isz supaya
nasihatkan Marissa.  Sebab risau keselamatan dia kalau dia asyik panjat-panjat (grill atau kerusi sofa, kerusi kat dining hall) takut nanti dia terjatuh.
Kalau kat gym tu takpelah kan...mmg ada peralatan yg sesuai dan selamat, 
selain di jaga oleh Teacher yg terlatih.  Ibu faham, adik mestilah suka panjat-panjat ni semua kan... sbb ada 'rock climbing' lagi kat school adik kan?
So, kena extra careful ok?!

Kemudiannya Teacher Isz & Teacher Dee bagitau ibu yg Marissa suka kelas Agama juga.  Dari situ dia dah mula pandai hafal nama-nama Nabi, sebab Ustaz ajar dgn cara memasang lagu nasyid.  Jadi, budak-budak senang menghafal nama-nama Nabi.

Apa pun, setakat ni, ibu berpuas hati dengan progress Marissa bila kat Tunas Kijang tu...
Asalkan Marissa happy dgn suasana pembelajaran kat sana... tu lebih penting...

0 comments:

Post a Comment

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design