Tuesday, March 13, 2012

HFMD please stay away....

Petang semalam, masa ibu nak amik Sara kat nursery, ibu dpt memo ni dari teacher.  Semua parents pun dapat la kiranya.  Katanya, ada 3 budak kat nursery Sara kena HFMD ni...
Sebagai langkah berjaga-jaga, takut anak-anak yg lain pun terkena jangkitan, Tunas Kijang buat pembersihan kat kelas-kelas, mcm mop lantai, lap meja, rak-rak yg ada kat dlm setiap kelas.  Tangan anak-anak termasuk la ibubapa sekali kena pakai hand sanitizer utk membasmi bakteria. Teacher kata, kena sentiasa pastikan kebersihan diri dan persekitaran kelas supaya tak dijangkiti.

Harap-harap semua anak-anak kat situ terhindar dari dijangkiti wabak HFMD.  Pada yg telah dijangkiti tu..semoga cepat sembuh ye....
Aktiviti-aktiviti mcm play doh, play sand, semua dihentikan utk sementara waktu sehingga wabak HFMD betul2 bebas daripada menyerang anak-anak kat Tunas Kijang.
Ibu harap2 anak ibu ni sentiasa dlm keadaan sihat ok... jgn masuk tangan dlm mulut tau...
tak baik...nanti kuman masuk dlm mulut adik tu tauuuuu...dengar cakap ibu okeh!

0 comments:

Post a Comment

 

A day in a life of Nur Marissa Qaisara Template by Ipietoon Cute Blog Design